Ebit Lew nafi ambil sumbangan pergi Gaza

Oleh ADINDA

Dalam sidang media hari ini yang disiarkan secara langsung di facebook, Ebit Lew mengatakan segala sumbangan dan kos perjalanannya ke Gaza adalah daripada p-erbelanjaan sendiri dan menafikan ada menerima sumbangan orang ramai.

“Saya tak pernah buka tabung sumbangan untuk ke Gaza. Tiada satu tabung pun saya pernah buka”, kata Ebit Lew.

Ebit mengatakan perjalanannya dan pasukan rombongan ke Gaza menggunakan perbelanjaannya sendiri dan sumbangan daripada kenalan rapat sahaja.

“Orang selalu tanya pada saya minta supaya saya cerita apa yang dibuat dengan duit saya tetapi saya tak perlu bagitahu macam mana duit saya belanja dan sedekah”

Tambahan pula, Ebit menuntut individu yang bertanya pada saya yang patut menjawab seperti Nadir Al-Nuri.

Sidang media atas talian “menjawab fitnah” yang disiarkan secara langsung di Facebook Ebit Lew

Selain itu, tiket perjalanannya ke Mesir untuk masuk ke Gaza juga diperolehi daripada tajaan Turkish Airlines. Separuh kos telah dibayar dengan duitnya sendiri dan sumbangan kenalan rapat yang tak mahu didedahkan nama mereka.

“Yang kutip duit sumbangan ini NGO yang diketuai Nadir Al-Nuri, RM20 RM30juta setahun rakyat Malaysia sumbang pada dia” dakwa Ebit Lew

Ebit sekali lagi menegaskan tidak ada ambil duit dari sumbangan orang ramai untuk pergi ke Gaza dan mengatakan tidak pernah terfikir langsung untuk membuka sumbangan orang ramai.