Realtime website trackingweb stats

Ebit buat laporan polis dan sedia buat saman sivil

Oleh ADINDA

Pendakwah terkenal Ebit Lew datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi petang tadi untuk membuat laporan polis berkaitan isu misi kemanusiaan di Semenanjung Gaza, Palestin, baru-baru ini.

Ebit yang tiba jam 6.16 petang menaiki Toyota Vellfire dengan diiringi tiga pikap dan mengadakan sidang media selepas itu.

Di dalam sidang media, Ebit Lew menyatakan tujuan dibuat laporan polis ini bertujuan menafikan semua dakwaan yang dibuat ke atasnya berhubung rombongannya ke Gaza. Ebit Lew dan wakil peguamnya juga menyatakan kesedian mengambil tindakan sivil ke atas individu-individu yang dinyatakan di dalam laporan polis antaranya Caprice dan Nadir Al-Nuri serta akan mengambil tindakan juga kepada yang mengulang siar berita berkenaan dakwaan ke atas Ebit Tersebut.

Di dalam sidang media sejurus keluar daripada membuat laporan polis, Ebit menyatakan kesedian menyaman ke atas individu-individu yang menyebar dikatakan memfitnah beliau dan akan mengadakan sidang media penuh esok

Hari ini, rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman atau dikenali sebagai Nadir Al-Nuri tampil membuat penjelasan berhubung isu misi kemanusiaan oleh Ebit.

Nadir yang juga Ketua Pegawai Ekslusif, sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, mendakwa pasukan misi Ebit membayar kos yang tinggi kepada sebuah syarikat bagi menguruskan kemasukan mereka ke Gaza dan tidak menggunakan khidmat NGO tempatan di Gaza.