Realtime website trackingweb stats

Dunia seni kehilangan bintang: Pelakon veteran Roslan Saleh meninggal dunia

Oleh ABDULLAH HAMID

Dunia seni kehilangan bintang: Pelakon veteran Roslan Saleh meninggal dunia. Industri hiburan tanah air sekali lagi diselubungi kesedihan dengan pemergian pelakon veteran, Roslan Saleh, yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun, pagi tadi.

Berita duka itu dikongsikan oleh anak perempuannya, Farahanis Roslan, menerusi hantaran di Facebook.

“Dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda saya, Roslan Saleh, baru saja meninggal dunia sebentar tadi.

Dunia seni kehilangan bintang: Pelakon veteran Roslan Saleh meninggal dunia

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, ampunilah segala dosa dan kesalahannya, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya dan berikanlah kesabaran kepada ahli keluarganya. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman,” tulisnya.

Jenazah Dikebumikan di Masjid Tanah

Memetik laporan Astro Awani, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah, Melaka, untuk dimandi, dikafankan, dan disolatkan. Proses pengebumian dijadualkan berlangsung selepas solat Jumaat.

Bergelut dengan Penyakit Hingga Akhir Hayat
Beberapa tahun kebelakangan ini, Allahyarham berdepan dengan pelbagai cabaran kesihatan, termasuk kencing manis kritikal yang mengganggu kehidupannya. Penyakit itu bukan sahaja membataskan pergerakannya, malah menyebabkan beliau terpaksa meninggalkan dunia lakonan.

Keadaan bertambah buruk apabila beliau kehilangan deria penglihatan akibat glaukoma. Pada tahun 2022, saraf matanya terpaksa dimatikan oleh doktor untuk mengurangkan kesakitan yang dialaminya bertahun-tahun lamanya.

30 Tahun Dalam Dunia Seni

Roslan Saleh, atau lebih mesra disapa sebagai Pak Lan, merupakan nama yang cukup dikenali dalam industri seni tanah air. Selama lebih tiga dekad berkecimpung dalam dunia lakonan, beliau telah membintangi pelbagai filem dan drama yang meninggalkan kesan mendalam kepada penonton.

Antara filem popular lakonannya termasuk Sembilu 2, Munafik 2, dan Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda. Selain itu, beliau juga terlibat dalam ratusan drama sepanjang kariernya.

Pemergiannya pasti dirasai oleh rakan-rakan artis dan peminat seni tanah air. Semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.

BACA LAGI :

Pak Mat, pengusaha kedai makan terkenal meninggal dunia

Meninggal ketika imamkan solat subuh, Timbalan pengarah keselamatan UM meninggal dunia

Tun Daim meninggal dunia, SPRM akan putuskan teruskan kes atau tidak