“Duit saya bangunkan negara kamu!” – Pelancong wanita dari negara haram koyak dikecam netizen

Oleh ABDULLAH HAMID

Sikap biadab seorang pelancong wanita dari sebuah negara yang sering dikecam masyarakat dunia telah mencetuskan kemarahan besar dalam kalangan rakyat Thailand. Tindakannya yang memandang rendah negara Gajah Putih itu telah tular selepas rakaman videonya disebarkan oleh seorang staf kafe di Koh Phangan.

Wanita berkenaan dengan angkuh menyatakan bahawa Thailand adalah negara miskin dan mendakwa duit pelancong dari negaranya telah membantu membangunkan Thailand. Kenyataannya yang sombong itu diucapkan dengan penuh sindiran sambil menunjukkan raut wajah penuh keangkuhan.

“Duit saya yang membantu membangunkan negara kamu,” katanya sinis kepada staf kafe tersebut.

"Duit saya bangunkan negara kamu!" - Pelancong wanita dari negara haram koyak dikecam netizen

Mahukan Layanan Istimewa, Tak Puas Hati Dilayan Sama Seperti Pelancong Lain
Menurut staf kafe itu, wanita terbabit sebenarnya tidak berpuas hati dengan layanan biasa yang diberikan kepada semua pelanggan. Dia mahukan layanan VIP, mungkin mengharapkan keistimewaan hanya kerana kewarganegaraannya.

Namun, sikap itu memakan diri apabila tindakan celuparnya merendahkan Thailand akhirnya menyebabkan videonya tular dan menerima kecaman hebat daripada warga tempatan.

Netizen: “Thailand Tidak Perlukan Duit Kamu”

Masyarakat Thailand tampil membidas wanita tersebut, menegaskan bahawa Thailand tidak bergantung kepada pelancong dari negara seperti itu untuk membangun. Ramai menyatakan rasa kesal kerana Thailand masih membuka pintu kepada pelancong dari negara tersebut, sedangkan banyak negara lain telah menggantung atau mengehadkan kemasukan mereka.

Pihak Polis Ambil Tindakan, Influencer Tutup Akaun TikTok

Apa yang lebih mengejutkan, wanita tersebut rupa-rupanya merupakan pempengaruh media sosial. Namun akibat serangan netizen yang tidak berpuas hati, dia dikatakan telah menutup ruangan komen di TikTok sebelum akhirnya menukar akaunnya kepada mod peribadi.

Pihak berkuasa Thailand juga dilaporkan sudah dimaklumkan mengenai insiden tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

Imej Pelancong Dari Negara Haram Terus Tercalar

Insiden ini sekali lagi memburukkan imej pelancong dari negara asal wanita tersebut. Sehinggakan kedutaan negara itu di beberapa negara telah mengeluarkan amaran kepada rakyat mereka supaya menjaga tatasusila dan kelakuan semasa melancong di luar negara.

Tindakan wanita ini tidak hanya mencemarkan imej negaranya, malah menunjukkan betapa pentingnya hormat budaya dan masyarakat tempat yang kita lawati.

BACA JUGA :

Pelakon Hollywood samakan tindakan Israel dengan Nazi

ICC keluar waran tangkap PM Israel, ini fungsi ICC yang ramai patut tahu

Tak tahan ditekan, akhirnya PM Israel mengaku bertanggungjawab kelui meletup di Lubnan