Realtime website trackingweb stats

‘Duit boleh dicari tapi cinta yang ikhlas payah’ – Rupanya ini sebab Fafau menangis

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Benarlah kata orang duit boleh dicari tetapi cinta yang ikhlas susah nak dapat.

Itu yang mungkin dialami penyampai radio Fara Fauzana yang menitiskan air mata apabila diajukan soalan berkenaan jodoh.

Soalan sensitif ketika dia sedang bertugas di konti radio Hot FM itu dilontarkan ketika Fara atau nama sebenarnya, Farah Fauzana Mohd. Fadzil bakal menginjak usia 44 tahun bulan depan.

Fafau tidak dapat menahan sebak di dada apabila berborak dengan rakan sekonti tentang pilihan sama ada cinta atau duit.

Selepas menitiskan air mata, rakan sejawatnya iaitu AG Azmeer bertanyakan, ada sesiapa yang ingin membeli cinta daripadanya.

Walau bagaimanapun, Fafau tegas dengan pendiriannya memilih cinta berbanding wang ringgit.

“If you ask me (kalau anda tanya saya), saya takkan pilih duit, saya akan pilih cinta,” katanya sambil mengesat tangisan yang membasahi pipinya.

Sedutan video itu dikongsikan menerusi laman rasmi Hot FM dalam aplikasi X yang mendapat pelbagai respons daripada pengguna laman sosial tersebut.

“Duit boleh dicari tapi cinta yang ikhlas susah nak dapat.

“Dari satu sudut, rasa macam nak putus asa walau satu sudut lagi tahu yang berputus asa itu seolah-olah tak yakin pada Allah. Tapi memang betul pun, kita tak boleh berpura-pura tentang apa yang kita rasa.

“Moga kita jumpa jodoh yang terbaik Fafau,” demikian antara kata pengguna X.

Pada Julai 2016, Fara mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang lelaki bernama Mohamed Hafiz Badiuzzaman.

Namun, perkahwinan mereka terpaksa dibatalkan pada saat akhir ekoran masalah peribadi.

Baca:

Ramai tidak tahu banyak khasiat kesihatan teh bunga kertas, ini cara penyediaannya, sedap dan menyegarkan

Lelaki ini dedah ‘taktik’ nak suruh bagasi keluar paling awal dari pesawat, tak payah tunggu lama

Perasan tak harga barang online naik sikit sejak minggu ni, rupanya undang-undang baharu 2024