Murid bawa meja duduk tepi jalan ladang kelapa sawit demi kelas online PdPR

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Seorang budak lelaki bernama Afiq Ho tular dikecam di Twitter yang menunjukkan beliau terpaksa duduk di tepi ladang kelapa sawit berdekatan rumahnya untuk mendapatkan capaian internet yang laju dipercayai bahaya kerana keadaan di sekeliling amatlah sunyi.

Diberitahu oleh pak cik kepada adik Afiq Ho beliau yang dikenali sebagai “@AimanPaku” (nama akaun Twitter) capaian internetnya di rumah tidak cukup laju untuk menghadiri kelas yang dijalankan semasa Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Maka dengan itu, adik Afiq Ho mengambil keputusan untuk keluar daripada rumah beliau dan duduk di tepi jalan untuk meneruskan pembelajarannya seperti biasa dan ditemani dengan pak cik saudaranya. Maklumat daripada pakcik sedara beliau, adik Afiq Ho hanya keluar rumah untuk melihat semula rakaman pembelajaran yang telah diberikan oleh cikgu beliau.

Baca Artikel Penuh