Dua pendaki temui syiling emas bernilai RM1.4 juta!

Oleh AHMAD ISMAIL

Dua pendaki temui syiling emas bernilai RM1.4 juta! Dua orang pendaki tidak menyangka ekspedisi mereka di pergunungan bertukar menjadi penemuan luar biasa apabila mereka menemui kotak dan tin logam berisi syiling emas serta barangan kemas yang dianggarkan bernilai lebih AS$300,000 (RM1.4 juta)!

Kejadian mengejutkan itu berlaku di Pergunungan Podkrkonosí, Republik Czech pada awal tahun ini. Segala harta yang ditemui telah diserahkan kepada Muzium Eastern Bohemia untuk proses penilaian dan kajian lanjut.

Dua pendaki temui syiling emas bernilai RM1.4 juta!

Isi Kotak Penuh Emas dan Barang Perhiasan

Menurut Ketua Arkeologi Muzium Eastern Bohemia, Miroslav Novak, beliau benar-benar terkejut dengan penemuan itu.

“Apabila salah seorang pendaki membuka kotak dan tin logam berkenaan, saya benar-benar tidak percaya dengan apa yang saya lihat,” katanya.

Antara barangan yang ditemui dalam kotak besi tersebut termasuk:

  • 16 kotak tembakau berlapis emas
  • 10 bentuk gelang emas
  • Sebuah beg
  • Sikat rambut antik
  • Beberapa rantai dan bekas bedak

Sementara itu, tin logam pula menyimpan kira-kira 598 keping syiling emas, yang dibalut rapi menggunakan kain berwarna hitam.

Nilai Sejarah dan Material yang Tinggi

Novak berkata penemuan ini bukan sahaja memiliki nilai logam yang tinggi, tetapi juga bernilai besar dari sudut sejarah dan arkeologi.

“Artifak yang ditemui sangat luar biasa dan belum pernah kami jumpai sebelum ini. Berdasarkan harga pasaran semasa logam, anggaran nilainya boleh mencecah sehingga AS$340,000 (RM1.4 juta),” jelas beliau.

Penemuan ini membuka peluang kepada pakar untuk menggali sejarah tersembunyi di kawasan tersebut dan menimbulkan persoalan menarik: Siapa pemilik asal harta ini, dan mengapa ia disembunyikan di gunung?

BACA JUGA :

Rakyat Malaysia rompak kedai emas Hat Yai, berjaya curi 2.25 kilo emas

Sungai Paling Menakutkan di dunia: Airnya Panas Hingga Boleh ‘Memasak’ Hidup-Hidup!

Bukan mahasiswa sahaja, kini warga emas pun boleh jadi ‘intern’