DS Tajuddin melanggar SOP dipanggil SPRM

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan, semalam.

Surat bertarikh 26 Mei itu ditandatangani Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
SPRM dikatakan akan mengeluarkan satu kenyataan berhubung perkara itu hari ini.

“Dimaklumkan Menteri Kewangan (Diperbadankan) bersetuju perkhidmatan Datuk Seri (Tajuddin) sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Bhd ditamatkan berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Selasa lepas, Tajuddin pada sidang media di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) KLCC berhubung pertembungan dua tren LRT dilihat hanya mengenakan pelindung muka, dan tidak memakai pelitup muka seperti yang diwajibkan dalam SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah, berkata selain Tajuddin, pihaknya turut merakam keterangan empat lagi individu bagi membantu melengkapkan kertas siasatan.