Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan bahawa dakwaan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sudah meletakkan jawatan adalah berita palsu.
Perkara itu dimaklumkan oleh KKM melalui satu hantaran di Twitter sebentar tadi.
Mesej tular yang mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sudah meletakkan jawatan disahkan sebagai berita palsu.
Dalam pada itu, KKM turut meminta warganet agar tidak menyebarkan berita palsu tersebut kerana ini boleh menimbulkan fitnah. Berharap rakyat Malaysia dapat menggunakan platform media sosial dengan jujur dan berilmu tanpa menyebarkan info yang tidak sahih.