Realtime website trackingweb stats

Doktor kongsi 4 perangai ‘mat saleh’ yang tak patut ikut, fakta nombor tiga tu ada logiknya

Oleh SHAZLIN AZIZ

Seorang doktor perubatan berkongsikan 4 perangai orang kulit putih atau lazim dipanggil ‘mat saleh’ yang tak patut rakyat Malaysia ikut.

Dr Onn Akbar Ali dari Pusat Pakar Jantung KPJ Kajang memberitahu, beliau tahu realiti itu memandangkan sudah 20 tahun tinggal di negara kulit putih.

“Mat saleh tidak semestinya cerdik,” kata Dr Onn Akbar dalam klip videonya yang menarik perhatian warganet.

Rupanya, apa yang beliau senaraikan itu mengejutkan kerana sebahagian besar daripada rakyat negara ini sudah menganggapnya betul dan lebih sihat.

Berikut 4 perangai yang ‘mat saleh’ suka buat tetapi tak patut rakyat Malaysia ikut:

1. Tak makan telur

Mat saleh takut nak makan telur atau buang bahagian kuning telur kononnya banyak kolesterol. Ini amalan membazir.

Orang Malaysia tak perlu ikut perangai buruk mat saleh ini sebab telur baik untuk kesihatan. Telur banyak protein, lemak berkhasiat dan vitamin. Telur boleh makan sebiji hingga tiga biji sehari. Jangan takut.

2. Makanan ‘low fat’

Beli barangan makanan ‘low fat’ kononnya kalau ada lemak, lemak akan masuk dalam saluran darah. Istilah ‘low fat’ ini adalah penipuan syarikat pengeluar makanan.

Kalau nak cari yogurt dan bahan tenusu, jangan cari yang ‘low fat’. Cari yang ‘full cream’ biasa pun tak mengapa.

Sebabnya, kalau pihak industri keluarkan lemak, mereka terpaksa ganti masukkan protein atau karbohidrat. Protein mahal dan sukar nak dapat.

Maka, mereka akan tambahkan karbohidrat atau gula saja. Bayar mahal tapi banyak karbohidrat dan gula. Jadi, katakan tidak pada yogurt rendah lemak.

3. Jus buah

Mat saleh ni suka malas. Mereka suka buat jus buah. Sayur-sayuran pun dikisar kononnya lebih sihat. Campur susu dan minum. Ini perangai malas.

Orang Malaysia gunakan saja gigi anda dan kunyah. Inilah sebenarnya amalan yang lebih sihat.

4. Ubat kumur

Mat saleh suka guna ubat kumur kononnya boleh bersihkan 99 jenis bakteria dalam mulut. Guna ubat kumur juga untuk mulut bau wangi.

Tak elok sebenarnya bunuh semua bakteria dalam mulut anda sebab mereka ada banyak fungsinya.

Baca:

Meniarap cemas konon Hamas menyerang tapi ada berjalan santai, lagi ‘kantoi’ penipuan pro pengganas Israel

Konflik terbesar dalam sejarah dunia melibatkan 60 juta askar, ini fakta perang dunia pertama yang jarang disebut

“Itu keputusan paling sukar dalam hidup” – Aedy Ashraf