Realtime website trackingweb stats

Disihir sejak 1997, Ustaz Kazim sakit & susah tidur, makan pun kena ‘pantang’

Oleh AHMAD ISMAIL

Pendakwah dan penceramah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim, kini sudah sihat semula selepas bertahun-tahun mengalami masalah kulit yang dipercayai disebabkan oleh sihir.

Beliau sangat bersyukur kerana kesihatannya telah pulih kembali.

““Saya bersyukur sangat dapat kembali merasai nikmat sihat,” ujar Ustaz Kazim dengan penuh kelegaan. Beliau mengakui sudah tidak sanggup lagi berdepan gangguan makhluk halus, menjalani rawatan yang menyakitkan, serta berhabis wang ringgit demi kesembuhannya.

“Cukuplah duduk lama di hospital, berubat lama dan banyak berhabis duit. Cukuplah sakit dan berhadapan dengan pelbagai gangguan termasuk nampak perkara bukan-bukan. Walaupun isteri dan anak-anak sudah lali dengan perkara ini, tapi kalau boleh saya tak mahu lagi hidup seperti itu,” katanya.

Namun begitu, Ustaz Kazim masih perlu menjaga beberapa perkara dalam kehidupan sehariannya.

Disihir sejak 1997, Ustaz Kazim sakit & susah tidur, makan pun kena 'pantang'

Beliau tidak boleh makan beberapa jenis makanan seperti rebung, limau nipis, kambing, dan air tebu kerana ia boleh memudaratkan kesihatannya.

Selain itu, Ustaz Kazim juga perlu lebih berhati-hati semasa menyampaikan ceramah.

“Kesan daripada santau, saya perlu jaga makan. Sampai sekarang saya tak boleh makan rebung, limau nipis, kambing dan tak boleh minum air tebu sebab semua itu ada bisa. Kalau makan, badan saya akan sakit dan pedih. Antara lain, saya perlu berpantang ketika bercakap sebab takut boleh buatkan orang terasa hati,” jelasnya.

Ustaz Kazim juga memberitahu bahawa beliau masih sukar tidur kerana gangguan sihir itu.

““Saya mula kena sihir pada 1997 dan sudah mula beransur pulih sejak 2021. Sekarang, saya hadapi kesukaran tidur selama 15 tahun. Saya hanya boleh tidur kalau dalam kereta sahaja,” katanya.

Dia menjelaskan bahawa sihir ini tidak hilang sepenuhnya, dan ‘kesan’ atau ‘jejak’ daripada gangguan itu masih ada.

“Disebabkan itu, kalau saya pergi ke tempat yang ada gangguan, saya akan rasa seperti tidak kena,” tambahnya.

Baca:

Arab Saudi anjur acara ‘swimsuit’, dedah sana sini, dunia semakin tenat!

Kes dera: Siti Bainun tarik balik gantung pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun

Kawan gelar Yuna hilang akal hanya sebab tegas dengan pendirian?