Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini selepas hadir memberi keterangan di ibu pejabat badan siasatan itu di sini.
Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Penerangan BERSATU Nasional, Datuk Razali Idris dan beliau juga menjangkakan bekas Perdana Menteri itu akan didakwa di mahkamah esok oleh SPRM.