Realtime website trackingweb stats

Dipecat secara tidak adil, bekas pekerja terima pampasan RM1.68 juta

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Mahkamah Rayuan memerintahkan sebuah syarikat semikonduktor multinasional di Pulau Pinang membayar tambahan RM854,650 sebagai pampasan

kepada seorang bekas pekerja, selepas mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi bahawa beliau diberhentikan secara tidak adil.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Hakim Lee Swee Seng mengekalkan perintah Mahkamah Tinggi bahawa Osram Opto Semiconductors Sdn Bhd

Perlu membayar Ooi Mei Chien gaji tertunggak selama 24 bulan berjumlah RM772,464.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan meminda perintah Mahkamah Tinggi supaya Ooi kembali bekerja

Dipecat secara tidak adil, bekas pekerja terima pampasan RM1.68 juta

Dan sebaliknya mengarahkan syarikat itu membayar RM804,650 sebagai pampasan mengganti pengembalian jawatan.

“Mempertimbangkan semua faktor sensitif dan dinamik, ini adalah kes yang sesuai untuk anugerahkan pampasan mengganti pengembalian jawatan,” kata Lee dalam penghakiman bertulis 45 muka surat yang dimuat naik di laman web kehakiman awal minggu ini.

Mahkamah Rayuan juga mengarahkan Osram membayar Ooi RM50,000 sebagai ganti rugi punitif dan RM15,000 sebagai kos.

Lee berkata panel tersebut berharap award sedemikian (ganti rugi punitif) akan diperuntukkan untuk kes-kes yang teruk di mana tindakan dilihat bersifat menindas dan keji.

Dua lagi hakim dalam panel yang mendengar rayuan itu pada September lalu ialah Hakim Supang Lian dan Ahmad Zaidi Ibrahim.

BACA: Penyair Pyan Habib meninggal dunia selepas seminggu menyambut hari kelahiran