Azmin mendakwa bahawa pejuang dan reformis tulen adalah dirinya dan Tan Sri Muhyiddin Yassin,
Bukan Anwar Ibrahim atau mereka yang kini berada dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.
Menurutnya, sebelum Anwar ditahan, dia adalah individu pertama yang ditangkap pada 16 September,
di mana dia dipaksa memberikan keterangan palsu dalam lokap.
“Di situlah tercetusnya reformasi. Jika bercakap tentang reformasi, saya sepatutnya dijemput untuk berucap malam esok, sementara mereka yang lain lari.
“Ramai pemimpin yang sekarang mengepung Anwar, kini duduk dalam jemaah menteri, tetapi pada masa itu mereka melarikan diri ke luar negara, pergi ke Indonesia, Australia dan United Kingdom. Saya boleh senaraikan nama mereka satu persatu,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika berucap dalam ceramah kelompok di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Masjid Lama, Kampung Melayu di sini malam tadi.
Turut hadir Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad dan Yang Dipertua Pas Johor, Abdullah Husin.
BACA: Pengikut ishowspeed ‘bodoh’, cikgu ini risau dengan generasi baharu