Realtime website trackingweb stats

Dikait pengkid, netizen perasan ada perubahan pada wajah Enot

Oleh ADINDA

Dikait pengkid, netizen perasan ada perubahan pada wajah Enot.

Kecoh sejak akhir-akhir ini apabila pelakon berpengalaman, Enot didakwa ‘bersuamikan’ seorang pengkid atau dalam erti kata lain suka menyukai sama sejenis.

Hal ini dihangatkan lagi apabila Didie Alias tampil menerusi rancangan di Melodi memaklumkan beliau sangat kecewa dengan individu yang pernah menjadi sahabat beliau.

Didie Alias berkata pelawak itu sudah banyak kali membuat perkara itu dan sudah pun dinasihati tetapi ianya hanyalah sia-sia kerana ibarat mencurah air ke daun keladi.

“Dia yang mengaibkan diri sendiri, orang dah dilamun cinta macam-macam dia lakukan dan tanpa sedar cara kehidupan tu salah.” ujar Didie Alias.

Hal ini membuatkan Enot tampil di media sosial menafikan perkara yang berlaku sekaligus mempersoalkan tidak ada jurunikah yang mampu kahwinkan perempuan sama perempuan.

Sementara itu, penampilan terbaru Enot turut menjadi perhatian para netizen yang memaklumkan pelakon ini sudah tampil dengan wajah baharu.

@melodiberapi tak pernah tengok pelakon Didie Alias menangis sampai macam ini!!! #meloditv3 #fypシ #didiealis #fypシ゚viral ♬ original sound – Melodi

Tidak kurang yang memaklumkan Enot kini dilihat lebih berseri serta pandai menjaga penampilan diri berbanding sebelum ini.

Walau bagaimanapun, ramai yang mengharapkan pelakon ini dipermudah urusan serta dijauhi daripada perkara tidak sepatutnya.

Baca:

Ini luahan isteri Aziz M Osman selepas bercerai buat netizen panjatkan doa

Pesawat MH122 patah balik kerana ancaman, ini rupanya cerita sebenar apa yang berlaku

70,000 penonton terkinja-kinja di tapak purba, orang Itali anggap konsert ini punca gempa bumi