Realtime website trackingweb stats

Didakwa jalin kerjasama dengan produk pro Israel, Daiyan Trisha dedah bukti untuk bersihkan diri

Oleh SHAZLIN AZIZ

Selepas namanya tersenarai dalam senarai boikot susulan gerakan Blockout2024, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tampil menjelaskan keadaan bagi membersihkan namanya selepas dituduh bekerjasama dengan produk pro Israel.

Daiyan, atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 31, menjelaskan bahawa dia sentiasa prihatin dengan nasib saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam menyokong mereka.

Menurut Daiyan, perkara yang paling penting ialah Allah mengetahui niat dan tindakannya, dan dia meminta maaf jika caranya tidak memenuhi jangkaan orang ramai.

“Allah tahu. Setiap orang ada cara dan ujian masing-masing. Reda Allah, Dia sahaja yang tahu.

“Saya tidak pernah sesekali lupa akan saudara saya di Palestin. Saya minta maaf jika cara saya tak bertepatan dengan apa yang and mahukan,” katanya.

Didakwa jalin kerjasama dengan produk pro Israel Daiyan Trisha dedah bukti untuk bersihkan diri

Daiyan berkongsi perkara itu melalui satu hantaran di Instastorynya pada malam Isnin.

Dalam hantaran tersebut, Daiyan turut berkongsi resit pembayaran sumbangan bantuan Palestin melalui empat badan berbeza bagi membantu mangsa perang di sana.

Jumlah keseluruhan sumbangan tersebut adalah sebanyak RM100,000.

Selain itu, Daiyan menyatakan bahawa dia menerima semua kritikan yang diterimanya sejak kebelakangan ini dengan hati terbuka.

Namun, menurut Daiyan, kritikan tersebut tidak sama sekali mematahkan semangatnya untuk terus memberi sokongan kepada mereka yang sedang berjuang di Palestin.

“Tidak mengapa, saya terima segala kecaman. Sila teruskan perjuangan anda untuk saudara-saudara kita di Palestin dengan pelbagai upaya kerana itu yang paling penting.

“Allah tahu. Setiap orang ada cara dan ujian masing-masing” – Daiyan Trisha

“Ini cara yang saya termampu buat masa ini berdasarkan situasi dan keadaan. Saya minta maaf.

“Saya akan cuba untuk berusaha dengan lebih baik lagi. Segala doa untuk Palestin,” jelasnya.

Gerakan ini bermula di pertunjukan fesyen tahunan, Met Gala 2024 yang diadakan di Muzium Seni Metropolitan New York pada 6 Mei lalu untuk menunjukkan bantahan terhadap selebriti yang tidak bersuara mengenai penindasan Zionis terhadap Palestin.

Akibat gerakan tersebut, bintang realiti Kim Kardashian kehilangan tiga juta pengikut media sosialnya, diikuti oleh Blackpink, Taylor Swift, dan Selena Gomez.

Gerakan ini disambut dengan baik oleh netizen Malaysia yang turut menyenaraikan beberapa nama artis yang didakwa bekerjasama dengan jenama pro-Zionis.

Antara selebriti Malaysia yang tersenarai termasuk Siti Saleha, Nabila Razali, Nadhir Nasar, Mira Filzah, Neelofa, Awal Ashaari, Scha Alyahya, dan lain-lain.

Ramai netizen mula berhenti mengikuti dan menyekat media sosial selebriti kegemaran mereka.

Baca:

Betul ke solat jenazah kena bayar? Masjid ini trending sebab cas solat jenazah RM1,000

Ini punca Mila Jirin sound LHDN, memang naya, mungkin ramai lagi senasib pasal cukai ni

Raja Azura kahwin dengan kerabat? Ini penjelasan tuan badan