Selebriti media sosial Aisyah Hijanah mendedahkan bahawa rumah tangganya dengan suaminya, Mohd Hazalif, menghadapi cabaran kerana ada individu yang didakwa cemburu dengan kebahagiaan mereka.
Mengapa jarang berkongsi gambar bersama suami?
Menurut Aisyah, sepanjang enam tahun berkahwin, kali ini adalah yang paling mencabar dalam hal mental, fizikal, keimanan, dan kesetiaan.
“Tak ada pasangan yang nak hadap perkara ini. Tak ada pasangan yang nak hadap pendatang luar masuk ke dalam keluarga. Tetapi ia terjadi kepada kami dan saya kena kuat untuk hadap semua ini.
Kalau tidak saya akan kalah. Sepanjang enam tahun ini, saya tidak benarkan sesiapa sahaja untuk datang ke dalam hati saya.
Sebab saya tahu, suami saya layak mendapat kasih sayang, perhatian dan layanan yang baik daripada saya. Saya tidak perlukan perhatian mana-mana lelaki. Sama juga buat wanita di luar sana.
Kalau mereka rasa seseorang lelaki itu sudah mempunyai isteri, janganlah korang berani untuk ganggu rumah tangga lelaki tersebut dan dapatkan perhatian daripadanya.
Saya tak tahu berapa banyak air mata dan rasa sakit yang wujud. Bagi saya semuanya sakit sehinggakan berat badan saya menjadi susut.”
Aisyah berkata bahawa ada seseorang yang mempunyai niat jahat untuk merosakkan rumah tangganya. Ketika berjumpa dengan seorang ustaz, mereka diberitahu bahawa Alif terkena kesan buruk hasad dengki.
“Ustaz ada yang kata nampak sesuatu pada Alif dan ada niat seseorang untuk merosakkan rumah tangga. Ada yang nampak macam-macam lagi, ada juga yang tak nampak apa-apa. Bagi saya, saya tidak tahu kerana tidak nampak melalui mata kasar.
Alhamdulillah lepas balik, dah bincang dan buat apa ustaz suruh, saya nampak perubahan dekat dia. Tetapi saya pula yang sakit selama dua minggu.
Kali kedua saya bawa dia jumpa ustaz dan usaha saya tidak terhenti di situ. Kami ke Kelantan untuk berubat dan Alhamdulillah semua benda jahat itu telah hilang.
Ustaz cakap ada sesuatu yang berlaku terhadap kami dan secara tidak langsung rumah tangga boleh musnah sekiranya kami tidak kuat antara satu sama lain.
Saya amalkan Wirid Sakran setiap hari dan motivasikan diri agar sentiasa kuat dan percaya kepada Allah.”
“Penyondol yang cuba rosakkan rumah tangga Aisyah ini bukan orang jauh, tapi staff sendiri. Dia mengadu life dia dekat Aliff, whatsapp tanya khabar Aliff. Padahal dia tahu itu suami orang” – Aisyah Hijannah
Baca:
Ramai tak mahu pulang Malaysia, wanita ini kongsi pengalaman dapat banyak simpan duit kerja di UK
Mata blender dah tumpul? Ini cara asah bagi tajam semula guna bahan-bahan kat dapur sahaja