Realtime website trackingweb stats

Dia tak menangis tapi yang lihat pula menitis air mata, ramai sedih dan mendoakan si comel Palestin ini

Oleh ABDULLAH HAMID

 

Satu klip video memaparkan si comel Palestin tak menangis selepas terselamat daripada runtuhan tapi ramai pula yang mengaku sedih dan menitis air mata melihatkan nasib dialaminya.

Menurut kapsyen tertera, si cilik perempuan itu bernama Sham Abu Shaqfa dan sama sekali tidak mengalirkan air mata.

Dia malah merenung sekelilingnya ketika seorang petugas hospital beberapa kali mengelap mukanya.

Wajah tulus kanak-kanak tidak berdosa itu mengundang komentar orang ramai yang turut mendoakan semoga perang segera tamat.

“Sedap namanya. Dahlah comel sangat. Nak je peluk dia. Mungkin dia dah penat menangis. Tengok gaya dia macam sedang tahan sakit sangat-sangat.

“Ya Allah, bayi yang cantik, kuat. Doa ibu buat kamu ya nak. Andaikan dekat, sudah aku gendong dan peluk. Kamu hebat nak.

“Subhanallah, Allahuakhbar. Semoga Allah melindungimu sayang dan diberikan kekuatan buatmu.

“Kamu adalah saham terbaik Palestin. Ya Allah, lindungi anak kecil ini. Amin Ya Rabbal Alamin,” demikian antara komen yang membanjiri platform TikTok.

Untuk rekod, keganasan Zionis Israel melakukan pembunuhan besar-besaran sejak 7 Oktober lalu menyaksikan lebih 11,000 orang syahid dengan sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak.

Lebih 4,000 kanak-kanak Palestin terbunuh manakala ribuan lagi terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

Di Tebing Barat yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, sekurang-kurangnya 37 kanak-kanak dilaporkan terbunuh setakat akhir Oktober lalu.

Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Save the Children mendedahkan seorang kanak-kanak terbunuh hampir setiap 10 minit di Gaza.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Catherine Russell, berkata lebih 420 kanak-kanak terbunuh atau cedera di Gaza setiap hari.

@ezzyyll99 SEMOGA BAYI SHAM ABU SHAQFA DALAM LINDUNGAN ALLAH -bayi sham abu shaqfa ini sama sekali tidak menangis selepas keluar dari runtuhan bangunan wajah bayi tenang seakan tiada apa berlaku sedang kan ia dalam runtuhan bangunan , begitu kuat nya kamu nak😭 #bayipalestina #shamabushaqfa #prayforpalestine #freepalestine🇵🇸❤️ #freegaza🇵🇸 #palestine🇵🇸 #anakanakpalestine #viraltrending99 #ezzyyl99 #fypシ #fypシ゚viral #world ♬ Sampai Menutup Mata Violin – ExBrecket

Baca:

Bertekak pun tak guna, benda dah jadi, ikuti 9 perkara patut buat kalau kemalangan jalan raya

Guna 5 bahan saja dapat donut gebu, jimat masa tak payah pun rehatkan doh

“Bila meter minyak tunjuk simbol E, buat tiga perkara ini untuk elak enjin mati tiba-tiba” – Abg JPJ