Realtime website trackingweb stats

“Dengar kau pergi bertabligh tapi mulut kau tu,” – Netizen berang jenaka Nabil perlekeh rupa Jihan Muse

Oleh ABDULLAH HAMID

Pengacara Nabil Ahmad tetap tidak ambil peduli terhadap kritikan dan sekali lagi menggunakan penampilan fizikal sebagai bahan untuk berjenaka di atas pentas.

Bagai kalis nasihat, Nabil seperti menjadikan lawak persenda paras orang lain sebagai tindakan yang biasa dan wajar diterima.

Semasa konsert Minggu Ke-6 All Star Gegar Vaganza (GV10) pada Ahad, Nabil sekali lagi mempersendakan wajah rakan pengacara, Jihan Muse, dengan gurauan yang mencampuri penampilan fizikal Jihan.

“Pernah tak ada lelaki yang luahkan dia crush pada kau? Mestilah tidak sebab muka kau macam mana pula,” katanya.

Tindakan Nabil memperoleh kritikan daripada netizen yang mengatakan bahawa beliau kurang memahami perasaan orang lain.

"Dengar kau pergi bertabligh tapi mulut kau tu,” - Netizen berang jenaka Nabil perlekeh rupa Jihan Muse

“Kalau pun Jihan cakap dia ok sahaja dengan gurauan Nabil tapi tak elok untuk tontonan umum.

“Takut-takut jadi ikutan budak-budak, bergurau membahan fizikal orang lain,” komen netizen.

“Secara jujur tak beretika, cubalah orang lain kutuk kau Nabil.

“Bukan nak bela sesiapa, tapi beretika.

“Dengar kau pergi bertabligh tapi jagalah mulut tu,” tulis seorang lagi netizen.

Baca:

Ada budak sampai dekat 3 jam menjerit tahan sakit, ini 4 contoh kes ‘ancaman’ di tandas

Panadol itu hanya jenama paracetamol, sama macam mi segera yang selalu disebut ‘megi’

Telan bawang putih saja rupanya, ini petua ‘rare’ hilangkan sakit kaki dan buang angin