Realtime website trackingweb stats

Dengan hanya menghantar barang kepada penduduk sebuah pulau, lelaki raih pendapatan RM 22k sebulan

Oleh HADI KAMARUDIN

Satu rakaman video menunjukkan dia menghantar barang hingga menarik lebih 300,000 tontonan dan lebih 1,400 komen dalam masa lapan hari sahaja.

Seorang lelaki memperoleh pendapatan hampir 7 juta won (RM22,044) sebulan hanya dengan menghantar barang

kepada penduduk di sebuah pulau berbukit di Korea Selatan, lapor akhbar The Korea Times.

Kim Soo-hyeon, 34 tahun, adalah salah seorang daripada segelintir penghantar barang yang berkhidmat untuk kira-kira 9,000 penduduk Pulau Ulleung.

Sebaik sahaja trak penuh dengan barangan tiba melalui feri, Soo-hyeon mula menyusun barang-barang dan memuatkannya ke dalam traknya sendiri.

Dengan hanya menghantar barang kepada penduduk sebuah pulau, lelaki raih pendapatan RM 22k sebulan

Namun, kerja sebenar, katanya, bermula selepas dia meletakkan kenderaan itu.

“Hampir tiada tanah rata di sini,” jelas lelaki itu sambil membawa kotak botol teh 1.5 liter ke lorong yang curam dan sempit.

“Kebanyakan rumah berada di kawasan yang tidak boleh diakses oleh kenderaan. Saya juga terpaksa menghantar sebuah peti sejuk dengan tangan.

“Ya, beban kerja memang sukar, tetapi saya gembira kerana saya memperoleh hampir 7 juta won sebulan,” katanya sambil tersenyum.

BACA: Pakai 3 lapis sweater pun mengigil! Ini 9 negara paling sejuk, suhu bawah -70c!