Realtime website trackingweb stats

Dengan 4 ilmu ini, ‘confirm’ senang-senang je naik pangkat cepat dalam syarikat

Oleh SHAZLIN AZIZ

Naik pangkat dalam kerjaya adalah impian ramai orang apabila memasuki dunia pekerjaan

. Namun, pencapaian ini tidaklah semudah yang disangka kerana pelbagai cabaran perlu ditempuhi.

Melalui perkongsian WN Muhaimin di laman Facebooknya, terdapat 4 tips utama yang boleh diterapkan

jika anda ingin naik pangkat dengan cepat. Berikut adalah penjelasan lanjut:

NAIK PANGKAT DALAM KERJAYA DENGAN CARA CEPAT

Dengan 4 ilmu ini, 'confirm' senang-senang je naik pangkat cepat dalam syarikat

Berdaya Saing

Langkah pertama untuk naik pangkat adalah menjadi seorang yang hebat dalam bidang anda, atau lebih dikenali sebagai subject matter expert (SME). Selepas 5 hingga 10 tahun, anda pasti akan menjadi SME dalam bidang tertentu.

SME bukanlah bermaksud anda tahu segala-galanya, tetapi anda adalah orang yang menjadi tempat rujukan dalam bidang tersebut dan tahu di mana untuk mendapatkan jawapan.

Jadi Orang Yang Boleh Diharap dan Dipercayai

Selain menjadi berdaya saing, penting juga untuk menjadi orang yang boleh diharap. Ini bermakna jika bos memberikan anda tugas, anda harus mampu menyelesaikannya dalam tempoh yang diberikan.

Jika anda sering kali menunjukkan prestasi yang baik, anda akan dikenali sebagai orang yang boleh diharap dan dipercayai.

Orang yang reliable biasanya lebih mudah naik pangkat berbanding yang kompeten tetapi tidak boleh diharapkan.

Untuk menjadi reliable, sentiasa datang kepada bos dengan masalah yang telah dianalisa dan cadangan penyelesaian, bukan hanya membawa masalah tanpa penyelesaian.

Tonjolkan Diri

Jangan hanya menjadi biasa-biasa sahaja tanpa berusaha untuk menonjolkan diri. Langkah pertama untuk menonjolkan diri adalah dengan memahami apa yang diinginkan bos dan menyusun strategi serta objektif kerja berdasarkan kehendak bos.

Jangan takut untuk menunjukkan kebolehan dan inisiatif anda.

Sentiasa Positif

Sentiasa kekal positif adalah perkara penting yang perlu diingat. Tanpa sikap positif, segala usaha di atas tidak akan memberikan hasil yang diinginkan.

Dengarkan nasihat ini kerana tidak pernah ada kejayaan besar tanpa sikap positif. Ingatlah, Nabi SAW pernah dicerca dan dibaling batu di Thaif, namun Nabi SAW tidak pernah mengeluh atau menyalahkan keadaan.

Saya doakan semoga semua yang membaca perkongsian ini akan menjadi individu yang hebat dalam kerjaya dan hidup.

BACA: Kenapa ada bola Tergantung pada kabel pencawang elektrik? Ini fungsi sebenar ramai nak tahu