Walaupun kita kini berada di era yang canggih, masih ada individu yang kurang bernasib baik kerana tidak mendapat kemudahan hidup yang lengkap seperti orang lain.
Satu perkongsian di media sosial baru-baru ini telah menyentuh hati ramai apabila menceritakan
kesusahan seorang kanak-kanak lelaki yang terpaksa mempertaruhkan nyawanya hanya untuk pergi ke sekolah.
Dalam video yang dimuat naik oleh akaun TikTok @borakviral, kelihatan seorang murid lelaki
menggunakan besen sebagai perahu dan mendayung dengan kedua-dua tangan kecilnya.
Sungai yang dilaluinya sangat luas dan airnya cukup dalam, menjadikan situasi itu sangat berbahaya bagi kanak-kanak tersebut.
Keadaan ini mencetuskan pelbagai kritikan kerana kawasan pendalaman di Borneo juga dihuni oleh buaya dan haiwan liar lain yang berbahaya.
Aspek keselamatan kanak-kanak ini menjadi topik hangat, dengan ramai yang mempersoalkan di manakah ahli politik yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat di kawasan tersebut.
Di ruangan komen, netizen menunjukkan rasa simpati terhadap keadaan warga setempat yang masih belum menikmati kemudahan yang baik untuk aktiviti kehidupan harian mereka.
@borak_viralofficial Murid jadikan ‘besen’ sebagai perahu untuk ke sekolah, ya Allah risaunya keselamatan diorang!!! Berita penuh layari kisahjalanan.life #kisahjalanan #mediahotnews #borakviral #fyp #foryoupage #tiktoker ♬ Pusara Di Lebuhraya By Ekamatra – Abam_JiwangkapaK
Oleh itu, ramai yang mencadangkan pembinaan jambatan sebagai alternatif yang lebih selamat dan berharap projek tersebut tidak hanya menjadi projek gajah putih.
Sementara itu, ramai netizen meluahkan rasa kesal apabila melihat bangunan pencakar langit di bandar, sedangkan sebuah jambatan yang boleh menyelamatkan nyawa manusia masih tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.
BACA: ‘Kena puak dia pandai suruh diam’ Baby Shima bidas pendakwah sokong kesalahan Da’i Syed