Kalau beli daun kari banyak-banyak atau dapat dari jiran, kena simpan betul.
Kalau tak, daun ni akan cepat rosak.
Memang rugi sebab banyak sangat.
Biasanya kita simpan dalam freezer, tapi ada cara lain yang boleh dicuba.
Dalam artikel ini, kita akan mempelajari dari perkongsian Emma Zam cara yang boleh buat daun kari tahan lama dan baunya kekal sama.
Cara ni dilakukan bila pokok kari di rumahnya ditebang. Daun kari banyak dikeringkan sebelum disimpan untuk tahan lama.
Baunya pun kekal sama.
Jom ikut cara ni:
1. Biarkan daun kari terdedah kepada sinar matahari sehingga benar-benar kering.
2. Setelah kering, letakkan daun kari ke dalam bekas. Tutup rapat.
3. Jika ingin digunakan semasa memasak, anda boleh terus menambahkannya ke dalam hidangan.
Bau daun kari akan tetap sama.
Info Tambahan:
Boleh cuci daun terlebih dahulu sebelum digunakan untuk memasak selepas dikeringkan.
Boleh keringkan dalam oven untuk lebih mudah.
Untuk lebih tahan lama, boleh simpan dalam balang di dalam peti sejuk atau peti sejuk beku.
Cara yang sama juga boleh digunakan untuk daun-daun lain seperti daun kunyit, daun limau purut, dan daun kesum.
Sumber: Emma Zam
Baca:
‘Kau cantik kau selamat dik’ – Anak Norman Hakim dan Abby Abadi ini jadi bualan
Akibat tiada kuasa buat undang-undang, ini 16 kesalahan syariah yang batal dan tidak sah
Mengaku ‘Malaysian’ tapi tak reti BM, pasangan kantoi curi subsidi minyak kereta orang Malaysia