Usahawan Datuk Seri Adnan Abu, atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, meluahkan rasa syukur apabila bilangan pengikutnya di TikTok mencecah 600,000.
Pada usia 46 tahun, Adnan mengakui bahawa kejayaannya hari ini tidak mungkin tercapai
Tanpa sokongan pengikutnya di media sosial tersebut.
“Tak terucap dengan kata-kata. Saya tahu tanpa anda, saya tidak akan berada di sini dengan 600,000 pengikut.
Jika saya lalai, tegurlah. Perjalanan saya masih jauh. Hanya Allah yang tentukan.
Saya tidak akan berhenti berusaha,” ujarnya menerusi TikTok miliknya.
Adnan juga tidak menyangka bahawa usahanya untuk bangkit selepas menghadapi pelbagai masalah peribadi mendapat sokongan yang luar biasa. Dia berkata bahawa apa yang dilakukannya kini adalah untuk menebus kesilapan lama dan menjadi contoh yang baik buat anak-anaknya, agar mereka tidak mengulangi kesilapannya.
“Saya hanya seorang bapa yang banyak masalah. Hadir dengan semangat untuk menebus kesilapan lama dan menyara anak-anak supaya mereka tidak jadi seperti bapanya.
Terima kasih kepada semua sahabat yang mengikuti dan menyokong saya sejak saya mula menggunakan TikTok pada April lalu. Hanya Allah yang dapat membalas jasa baik kalian,” tambahnya.
Menerusi ruang komen, bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi, turut meluahkan rasa bangga dengan pencapaian Adnan yang tidak berputus asa untuk bangkit semula daripada kegagalan.
“Tahniah Abang Red (panggilan Adnan),” tulis Adira.
BACA: Macam mana nak ambil wudhu ketika banjir? Ini jawapan Ustaz Wadi