Menuang air dari satu bekas ke bekas lain kadang-kadang boleh menjadi sukar.
Risiko cecair terpercik atau tumpah boleh menyebabkan kawasan sekitar menjadi basah.
Situasi ini lebih rumit apabila cecair tersebut adalah air manis yang tinggi kandungan gula, kerana ia akan menjadi melekit dan sukar dibersihkan.
Melalui satu hantaran di laman TikTok oleh Savanna, terdapat petua mudah untuk menuang air dengan lebih kemas dan cermat.
“Sekolah pun tak pernah ajar. Dengan cara ini, anda tak akan pernah tumpahkan air lagi ketika menuang,” ujar Savanna.
Ikuti kaedah menuang air yang lebih teratur untuk hasil yang memuaskan.
Bahan-bahan:
1) Penyedut minuman (straw)
Langkah-langkah:
1) Letakkan straw secara menegak di tengah gelas dan pegang dengan stabil
2) Tuangkan air pada badan straw dan biarkan ia mengalir ke bawah
3) Air itu akan menurun mengikut struktur straw tersebut, tidak lagi berjejehan ke tempat yang tidak sepatutnya
Maklum balas netizen
“Genius! Teknik ini juga digunakan ahli kimia di makmal apabila nak tuang suatu bahan ke dalam kelalang, kita panggil sebagai decantation.
“Terima kasih kongsi, sekarang dah tak perlu pening kepala fikir sudut mana nak tuang air untuk elak tumpah,” demikian kata sebahagian warga maya.
BACA: Pempengaruh terkenal Indonesia dah masuk islam tapi jenazah tetap dibakar, ini ceritanya..