Dari dapur impian, adik beradik saling saman-menyaman. Dunia perniagaan tempatan dikejutkan dengan berita pertikaian antara dua jenama terkenal milik adik-beradik — The Ordinary Baker dan Eclairis. Apa yang dulunya dibina bersama atas nama impian dan kasih sayang kini bertukar menjadi medan saman-menyaman.
Syarikat terkenal dengan cream puff, The Ordinary Baker, dikatakan mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap Eclairis, satu lagi jenama yang turut diasaskan oleh ahli keluarga yang sama.
RM1.5 Juta Dipertikai, Kasih Keluarga Retak
Putri Nadira, wakil dari Eclairis, mengesahkan bahawa The Ordinary Baker sedang menyaman syarikat mereka sebanyak RM1.5 juta. Dalam satu kenyataan penuh emosi, Nadira mencurahkan isi hati tentang apa yang sebenarnya berlaku di sebalik tabir.
“Ini bukan sekadar soal bisnes. Ini tentang keluarga, tentang kepercayaan yang dikhianati, tentang kehilangan segala-galanya – tapi tetap mencari kekuatan untuk bangkit semula,” tulisnya.
Menurutnya, mereka berempat memulakan segalanya dari kosong – hanya berbekalkan impian dan semangat. Mereka bekerja siang malam, korbankan masa bersama orang tersayang, demi membina sesuatu yang mereka percayai.
“Ia tak sempurna, tapi ia milik kami. Kami pertahankannya bersama. Sehinggalah satu hari, semuanya berubah.”
Keputusan Seorang, Perpisahan Bertiga
Nadira mendedahkan bahawa salah seorang daripada mereka membuat keputusan yang menyebabkan tiga lagi tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan syarikat tersebut — tanpa mengambil apa-apa.
“Kami pergi begitu sahaja. Dalam diam. Kini, kami disaman RM1.5 juta. Sakit rasanya untuk luahkan secara terbuka.”
Beliau turut mempertikaikan logik di sebalik tuntutan tersebut:
“Kenapa perlu sampai saman RM1.5 juta? Di mana keadilannya?”
“Ini Bukan Sekadar Saman, Ini Pengkhianatan”
Bagi Nadira, tindakan saman ini bukan sahaja mengecewakan dari sudut perniagaan, malah meninggalkan luka yang lebih mendalam kerana ia melibatkan darah daging sendiri.
“Ini bukan hanya tentang duit. Ini luka yang lebih parah dari sebarang kontrak. Sebab ini tentang keluarga, cinta, dan hidup kami.”
Namun, di sebalik kesedihan itu, mereka memilih untuk bangkit.
“Kami bina semula dengan tangan yang sama. Bukan kerana marah. Tapi kerana kami masih cintakan apa yang kami lakukan. Kami masih mahu hidup. Cerita kami belum tamat.”
Beliau menegaskan, ini bukan kisah simpati, tetapi kisah perjuangan dan ketabahan.
“Ya, kami kehilangan nama. Tempat. Kenangan. Tapi semangat kami masih hidup. Kami masih di sini. Masih membakar. Masih bermimpi.”
Adik Marah, Kakak Didakwa Tamak
Putri Najiha, seorang lagi adik dalam keluarga tersebut, turut tampil meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan kakaknya yang didakwa terlalu taksub dengan tuntutan saman.
“Tak habis-habis la kamu ni kakak. Tak senang duduk ke? Asyik nak saman, minta duit. Apa lagi yang tak cukup?”
Menurut Najiha, Nadira kini dianggap sekadar pekerja oleh kakaknya, sedangkan hakikatnya, mereka pernah bersama-sama membangunkan The Ordinary Baker dari bawah.
Peminat Terkilan, Keluarga Yang Dulu Disayangi Kini Retak
Pertelingkahan antara adik-beradik ini nyata membuatkan ramai peminat mereka kecewa. Ramai yang mengenali mereka sebagai satu keluarga yang kuat dan kreatif. Kini, segalanya berubah — dari dapur impian, kepada medan perundangan.
BACA JUGA :
12 negeri dalam Amerika saman Trump, tarif puncanya
Pandu perlahan dilorong kanan bakal disaman
Boleh ke Kim Seri kena saman? Peguam Korea tampil beri jawapan