Dulu, terdapat desas-desus tentang seorang lelaki dari Maghribi yang bernama Mawla Mohamed Amin al-Hassani menipu orang-orang Malaysia dengan mengatakan bahawa dia adalah keturunan langsung ke-38 Nabi Muhammad SAW.
Baru-baru ini, selebriti dan pengguna media sosial, Caprice telah mendedahkan siapa sebenarnya individu itu.
“Akhirnya terbongkar nama asal “Mawla Amin” dekat Passport France dia sebelum dia pindah ke Morocco. Tolong tag/ forward kepada mak cik dan pak cik kopek udang.”
Selain itu, Kementerian Luar Negeri Maghribi telah mengesahkan bahawa Mawla Amin atau nama sebenarnya Muhammad Mohamed Amin Ouradji bukanlah warganegara Maghribi.
Portal Hespress melaporkan bahawa lelaki tersebut juga tidak berkaitan dengan Sharif Idrissi di Maghribi atau mana-mana keturunan Nabi Muhammad SAW.
“Mohamed Amin Ouradji dilahirkan di Algiers, Algeria pada 1984 dan berhijrah ke Perancis bersama keluarganya.”
Menurut laman web yang dibincangkan, penganut mazhab ini menghormatinya dengan panggilan ‘Mawla Mohamed Amin al-Hassani’.
Sebelum ini, Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor juga memberikan pandangannya mengenai perkara ini.
Wan Salim menyampaikan pesan supaya umat Islam di Malaysia tidak terlalu fanatik terhadap dakwaan seseorang mengenai hubungan keluarga Rasulullah SAW, dan sebaliknya, disarankan untuk menyelidik terlebih dahulu latar belakang ulama atau kelompok tersebut.
Tambah Wan Salim, seseorang yang berasal dari keturunan yang mulia juga tidak akan memberi manfaat kepada seseorang jika dia tidak mentaati ajaran agama yang telah disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Baca:
Pekerja Mercedes-Benz di Jerman nikmati bonus sehingga RM37.6K