Kempen boikot rangkaian kafe kopi Starbucks di Turki tampil dengan grafik dahsyat dan kreatif menggambarkan jenayah perang di Palestin yang sudah mengorbankan lebih 7,300 nyawa.
Berlegar di laman X, imej tertera antaranya memaparkan kocakan air minuman itu di atas ‘ledakan’ api yang marak membakar bangunan menyerupai situasi getir di Gaza sejak 7 Oktober lalu.
“GAZA SEDANG DIBOM!!!
“Pembunuh Israel menyerang Gaza dengan sangat hebat. Gaza sedang mengalami malam paling panjang.
“Jangan biarkan modal tangan berdarah bernaung di negara kita, jangan benarkan penjualan produk Starbucks!” seru kempen atas akaun X, Starbucks Boykot itu.
Reaksi protes demi kemanusiaan itu selepas Starbucks mengheret kesatuan pekerja Starbucks Workers United gara-gara menzahirkan sokongan kepada rakyat Palestin di platform X.
Starbucks yang dimajukan oleh Howard Schultz, seorang Yahudi dari Amerika Syarikat (AS) itu berbuat demikian selepas kiriman pro-Palestin yang dikongsi oleh akaun kesatuan itu pada 9 Oktober lalu.
Pengurusan jenama kopi antarabangsa itu menganggap hantaran itu sebagai “merosakkan reputasi syarikat” di samping mengundang reaksi negatif pelanggan.
Kiriman 9 Oktober di akaun X Starbucks Workers United itu berbunyi, “Solidariti bersama Palestin!”, dan disertakan gambar jentolak yang merobohkan dinding di sempadan Gaza dan Israel, dipercayai diambil ketika serangan Hamas pada 7 Oktober.
Kiriman itu bagaimanapun diturunkan selepas 40 minit, tetapi mendapat perkongsian meluas dalam kalangan kesatuan sekerja lain yang turut menyatakan sentimen pro-Palestin.
Lebih biadab lagi, Starbucks dalam satu kenyataan menuduh kesatuan tersebut menyokong “keganasan yang dilakukan oleh Hamas”.
Naib Presiden Eksekutif Starbucks Sara Kelly berkata syarikat itu “mengutuk sekeras-kerasnya terorisme, kebencian dan keganasan”, sambil menambah pandangan ahli kesatuan itu langsung tidak mencerminkan pendirian Starbucks dalam isu konflik di Palestin.
Tidak setakat itu, pengurusan Starbucks turut menulis surat kepada Dewan Perniagaan Yahudi Ortodoks yang berpangkalan di New York, menyatakan syarikat itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pekerja yang “menyokong keganasan Hamas”.
Baca:
9 aksesori dan gajet kereta paling popular dibeli oleh pengguna, setiap kereta wajib ada
China Kalahkan Amerika Syarikat, NASA Bina Reaktor Nuklear Angkasa 100 Kali Ganda Lebih Kuat
Mayat mangsa bunuh ‘bangun’ buat video call sewaktu sedang dikebumi, habis ahli keluarga terkejut