Semalam, sebuah kereta elektrik Mercedes EQB mengalami kebakaran semasa sedang dicas di pusat pameran kenderaan di Jalan Skudai di sini.
Pegawai Bomba Kanan II Azmi Johar, yang bertugas sebagai Komander Operasi, mengatakan bahawa mereka menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 2.25 petang semalam.
“Kebakaran memusnahkan 90 peratus keseluruhan kenderaan dan lima peratus bangunan yang menempatkan ruang pameran.
“Kebakaran turut memusnahkan 20 peratus Electric Vehicle Charging Bay di hadapan kereta yang terbakar,” katanya menerusi satu kenyataan media, hari ini.
Azmi memberitahu bahawa penyiasatan masih dijalankan untuk menentukan punca kebakaran dan anggaran kerugian. Alhamdulillah, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.
Dia mengatakan bahawa operasi telah berakhir pada pukul 3.10 petang.
Pada mulanya, satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan dua unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin dengan kehadiran 10 anggota bomba telah dihantar ke tempat kejadian.
Baca:
Kau bukan siapa-siapa perlu dapat layanan istimewa’ – Nabi Ibrahim pun dibakar hidup-hidup
Mengeluh hidup susah, rupanya ada… – Ini kisah ‘Kecik’ duda besarkan tiga anak
Ramai Melayu tak peduli dah sirih, ini 11 kebaikan amal makan daun berkhasiat