Siapa yang tak suka melancong, kan? Namun, apabila melihat harga tiket penerbangan yang mahal
Niat untuk melancong terpaksa ditangguhkan sehingga tabungan mencukupi atau kadang-kadang, terpaksa dilupakan begitu saja.
Nah, ada berita gembira bagi peminat melancong.
Rupanya, terdapat beberapa tip yang boleh anda cuba untuk mendapatkan tiket penerbangan pada harga yang murah.
Mari cuba tips yang dikongsikan oleh @ceotravelmy ini:
1) Beli tiket pergi dan balik secara berasingan
2) Guna laman web Sky Scanner
– Aplikasi ini akan membuat perbandingan semua harga
– Caranya, taip destinasi pelancongan yang diingini
– Jangan masukkan tarikh yang diingini sebaliknya tekan ‘select whole month’. Makan akan keluarlah tarikh tiket yang murah untuk bulan tersebut.
– Tunggu ia ‘loading’ sebelum keluar senarai harga untuk setiap syarikat penerbangan
– Paling penting anda kena klik ‘view details’ untuk tahu berapa tempoh transit
-Tekan ‘go to site’ untuk meneruskan pembelian tiket di platform penjualan tiket secara online yang anda ingini atau boleh sahaja membeli secara langsung di laman syarikat penerbangan
– Bagi mereka yang merancang untuk bercuti tapi belum memilih destinasi percutian, anda perlu klik ‘everywhere’
– Untuk tarikh, klik ‘select whole month’. Nanti ia akan keluar mana-mana destinasi yang murah
BACA: Tukang masak kongsi tip jika terkena minyak panas, hanya guna bahan ada didapur je untuk sembuh