Realtime website trackingweb stats

Dah tak perlu kalut nak balik masak nasi, guna teknik ini boleh buat stok sebulan terus

Oleh ADINDA

Jadi kerana ramai yang bertanya tentang nasi beku ini panduan membuat nasi beku dan cara memanaskannya tanpa kering.

Saya terinspirasi dari video di TikTok di mana seseorang menunjukkan cara ini. Kaedah ini sangat sesuai untuk mereka yang mungkin memasak nasi setiap hari, yang terkadang boleh menjadi menyusahkan, entah kerana akan masak terlalu banyak atau terlalu sedikit.

Bagi saya, cara ini sangat efektif untuk memudahkan kehidupan dan berjimat-cermat.

Cara melakukannya adalah dengan memasak nasi seperti biasa, tetapi saya menambahkan lebih banyak nasi sekaligus kerana niatnya adalah untuk menyimpan lebih banyak stok.

Selepas itu, balut nasi tersebut dengan plastik wrap untuk menjaga kesegaran dan kualitinya semasa disimpan di dalam freezer (Saya belum jumpa lagi cara yang lebih eco-friendly dan praktikal, so harap boleh semua faham).

Selepas itu, letakkan dalam peti sejuk, bukannya di dalam peti sejuk beku. Walaupun ada yang berpendapat boleh disimpan selama 3 bulan, tetapi saya hanya penyimpan selama seminggu kerana ruang tidak mencukupi.

Bagaimana memanaskannya?

Saya kebetulan ada microwave. Dalam tweet sebelum ini, ramai yang menyatakan nasi kadang-kadang menjadi kering dan ada yang keliru tentang cara untuk memanaskannya.

Berikut adalah video praktiknya, dan setelah itu terdapat penjelasan ringkas.

Orang ramai pelik kenapa nasi jadi kering. Sebenarnya cara microwave berfungsi ialah dengan memanaskan air dalam makanan. Jadi, nasi ni ada air dalam setiap butir, kalau dipanaskan terus, airnya akan hilang (air + panas = hilang). Itulah yang menjadikan nasi kering.

Untuk atasi masalah ni, ada yang letak ais batu atas nasi sebelum masuk microwave, ada yang tambah 1-2 sudu air dalam nasi.

Kalau saya, saya letak segelas air dalam microwave. Tujuannya, supaya nanti air yang dipanaskan tak ambil semuanya dari nasi, tapi sebahagian dari air yang ditambahkan tadi.

Cara ini juga memberikan manfaat kepada individu yang menghadapi masalah diabetes atau ingin mengawal pengambilan gula, kerana nasi yang melalui proses sejuk dan dipanaskan semula akan mengurangkan kandungan gula di dalamnya. Ini juga dapat merancang pemakanan diet secara konsisten.

Saya cadangkan untuk menggunakan baking paper atau wrap paper seperti yang digunakan untuk mengbungkus nasi KFC.

Yang mengusulkan menggunakan bekas makanan, maaf sangat kerana peti sejuk ini ramai penghuninya. Bekas makan juga mengambil lebih banyak ruang dan tidak membolehkan menyimpan banyak.


Baca:

Baru tahu orang Israel pun boikot Mekdi, alasannya memang legit

Ramai kagum ketabahan wanita yang dizalimi penjajah ini, kain tenunan Israa Jaabis raih perhatian

Banyak sangat belacan dan serai, banyak sebablah sambal nasi lemak Andy Cook teruk dikritik