Realtime website trackingweb stats

Dah tahu punca kematian, tapi kenapa kena buat bedah siasat juga? Ini jawapan pakar

Oleh ABDULLAH HAMID

Nahas udara yang meragut nyawa 10 wira negara akibat dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia

(TLDM), Lumut, Perak masih hangat diperkatakan walaupun dah berapa bulan berlalu.

Antara isu yang timbul susulan tragedi ini adalah mengenai proses bedah siasat yang tetap dilakukan

walaupun laporan rasmi menyatakan semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Seorang doktor terkenal di TikTok, Dr Aliff Zaki, atau lebih dikenali sebagai Dr Alep, tampil menjelaskan spekulasi dan persoalan berhubung bedah siasat tersebut.

Dah tahu punca kematian, tapi kenapa kena buat bedah siasat juga? Ini jawapan pakar

Menurutnya, prosedur tersebut dilakukan oleh pihak hospital bagi membuktikan punca kematian yang perlu dicatatkan dalam sijil kematian yang akan dikeluarkan.

Dr Alep menjelaskan bahawa dalam insiden seperti ini, pelbagai kecederaan boleh berlaku. Sebagai contoh, kecederaan parah pada otak mungkin berpunca daripada terjatuh dan terhantuk atau dihempap objek berat, yang boleh mengakibatkan kematian.

Beliau juga memberikan contoh mengenai pendarahan teruk yang boleh menyebabkan serangan jantung dan menjadi punca kematian dalam kemalangan.

Oleh itu, semua kemungkinan ini perlu diambil kira oleh pihak bertanggungjawab untuk melakukan diagnosis perubatan terhadap mangsa agar punca kematian dapat dinyatakan dalam sijil kematian.

Dengan itu, bedah siasat perlu dilakukan untuk mengemukakan kenyataan mengenai punca kematian sebenar secara perubatan.

Ini penting kerana sijil kematian yang akan dikeluarkan mempunyai pelbagai fungsi, terutamanya bagi kegunaan waris mangsa dan urusan mahkamah.

BACA: Pencuri sentuh macam kad T&G boleh hilang duit dalam akaun, ini cara elak ramai tak tahu