Realtime website trackingweb stats

Dah macam menghina ‘Raja Buah’, manalah dapat idea buat resepi durian goreng bercili ini

Oleh NURAIMAN

Merepek sungguh seorang warga China apabila dah macam menghina durian sebagai ‘Raja Buah’ dengan resepi durian goreng bercili.

Sifat durian yang ‘panas’ dengan rasa manis berlemak itu memang ‘kejam’ apabila ‘dikahwinkan’ dengan lada yang pedas.

Hidangan yang merupakan gabungan rasa tak sepatutnya wujud di muka bumi itu tular di media sosial tetapi ramai menyatakan rasa tidak tertarik untuk mencubanya.

Menerusi video yang disiarkan di Facebook baru-baru ini, kedengaran seorang pelanggan memesan semangkuk nasi durian dalam bahasa Mandarin daripada seorang penjaja jalanan.

Penjaja itu kemudian menambah lobak merah, bahan perasa, bawang putih dan cili padi cincang ke dalam kuali.

Dah macam menghina 'Raja Buah', manalah dapat idea buat resepi durian goreng bercili ini

Dia turut memasukkan segenggam buah strawberi ke dalam kuali.

Peniaga berkenaan kemudian menambah gula, kicap, daun ketumbar dan bawang hijau yang dicincang sebelum akhirnya menyenduk adunan ke dalam mangkuk nasi putih.

Pelanggan tersebut membuat kesimpulan pada akhir video bahawa hidangan itu lazat tetapi tidak menepati citarasanya.

Baca:

Tak sabar betul bayi nak jenguk dunia, tetamu rumah terbuka menjerit terlolong ibu terberanak

Pelik tengok ramai post status WhatsApp guna singkatan? Rupanya ini je pun maksud LU, LUM, MUSM

Ayam baru beli jadi kurang segar? Ini tips mudah kekalkan kesegaran, no 7 paling penting