Lucu pun ada kalau menginap di hotel terasa macam duduk di asrama sekolah. Ada hotel yang tutup pintu pukul 1 pagi.
Terdapat juga pengurusan hotel yang meminta pengunjungnya cuci gelas dan pinggan sendiri dengan sabun pencuci dibekalkan selepas bersarapan. Tak tahulah jika hotel itu tidak mengenakan caj servis.
Itu antara pengalaman pelik pengunjung yang menginap di hotel seperti dikongsikan warganet.
Ikuti 20 peraturan hotel di negara ini yang paling pelik pernah pengunjung jumpa, mungkin anda sendiri pernah mengalaminya!:
1. Pukul 1 pagi dah tutup pintu hotel. Tak boleh keluar masuk dah. – Roslan Farourke
2. Ada hotel di Cameron Highlands, heater dia rosak. Dahlah sejuk ketar mandi macam mandi air batu. – Sarah Khobsurat
3. Sebuah hotel di Kota Bharu tu masa check in siap pesan lagi mandi dua cebok saja. – Zamo Mohamad
4. Di Amber Court Genting, bagi security deposit tapi tiada resit. Snap gambar masa bagi duit. Macam aku terima nikahnya terma dia. Masa nak ambil duit, tunjuk gambar bagi deposit. – Cik Seha
5. Hotel terkenal di Shah Alam masa Hari Raya Covid-15 tahun 2021 dulu, air mineral terhad dua botol kecil sehari. Tak boleh minta lebih. – Sheila Khan
6. Duit deposit lepas dua bulan baru dapat. Apa bendalah hotel/apartment di Ipoh syarat macam tu? Ada tu deposit ikut berapa bilik kita ambil. Lepas habis duit bayar deposit je, makan minum tak payah. – Siti Hajar Maisara Zain
7. Hotel bagi satu saja kad, sedangkan nak turun lif kena guna kad. Takkan nak turun, orang dalam bilik kena dok dalam gelap. – Toru FL Anaqi
8. Satu bilik had kepada dua orang. Lebih kena caj. Katanya, ada CCTV di muka pintu bilik untuk check orang keluar masuk hotel di Serdang, Selangor. – Aina Bakri
9. Hotel dalam Malaysia tapi staf barisan hadapan tak tahu bahasa Melayu – Ismawati Ismail
10. Cadang nak staycation lama-lama tapi kena beritahu kerja apa. Kalau tak beritahu, boleh dua hari satu malam saja. Memang kita ni jenis low profile. Bawa baju bubuh dalam beg plastik saja. Dia tengok atas, bawah, kiri, kanan. Mungkin dalam hati dia kata, ni gelandangan manalah nak check in ni. – Gullit Leo Leo
11. Aiskrim kon macam Cornetto boleh bawa masuk bilik hotel. Aiskrim yang jenis biasa pegang kayu tu tak boleh. Padahal, dua dua jenis aiskrim hotel tu sendiri jual sebelah kolam renang. – Rahimah Yusoff
12. Hotel di Langkawi, empat bintang. Tempah untuk dua malam tapi air tiada. Alasannya, tangki sayap kiri rosak. Reception bagi kad bilik lain sebelah sayap kanan untuk mandi. Apa salahnya bagi saja bilik di sayap kanan tu? Jadi kerja pula pagi-agi nak ke sayap kanan mandi, buang air dan ambil wuduk. – Marziella Ab Rahman
13. Pergi hotel ada kolam renang tapi peraturannya ditulis: mandi boleh, selam tak boleh. Keliru sampai sekarang. – November Kam
14. Lepas sarapan, cuci gelas pinggan sendiri. Axion dibekalkan 😂 #hotelkelatekito – Waniess Zulkifli
15. Tiga bulan lepas dalam pakej disediakan buffet sarapan tapi rupa-rupanya bungkus macam budak asrama. Air satu, mi goreng satu. Tak boleh pilih-pilih menu apa dah. Datang kafe nak makan dapat satu plastik makanan siap tapau dan diarah makan dalam bilik. – Faziela Hamzani
16. Masa pergi Sabah, ada inap desa tu tak sediakan penggosok baju. Bila minta iron kena bayar RM50. – Siti Norasnie
17. Hotel di Genting Highlands tiada aircond tapi harga bayar serupa ada aircond. 🤣 – Abu Wafa
18. Tak boleh ramai-ramai dalam bilik padahal bilik besar! – Tiiraa Azizan
19. Ada hotel di Cameron Highlands tanyalah penyambut tetamu pasal kereta boleh parkir tak tepi jalan hotel tu. Dia kata boleh. Tapi esok paginya dah kena kunci tayar. Penyambut tetamu buat muka bodoh dia saja bila kita soal balik. Terbang lagi RM150 – Mohd Saidin
20. Kanak-kanak tidak dibenarkan. Mungkin hotel dekat Kuantan ini untuk orang bujang sahaja kot. – Maizatul Akma
Baca:
Cubaan fitnah pejuang Hamas tapi guna imej AI sangat buruk, Sofyank anggap ‘percubaan yang baik’