Realtime website trackingweb stats

Dah lebih setahun rupanya kena penyakit ‘misteri’, ini 2 cara Azharina hidup macam biasa

Oleh NURAIMAN

Penyanyi Azharina Azhar rupanya dah lebih setahun kena penyakit ‘misteri’ tetapi dia ada cara sendiri untuk hidup macam biasa.

Peserta All Stars Gegar Vaganza (GV10) itu memberitahu penyakitnya itu memberi kesan kepada pergerakan hariannya termasuklah semasa menyanyi.

Namun, penyanyi berusia 38 tahun itu tidak mahu berkongsi secara terbuka mengenai penyakit yang dikesan sejak September tahun lalu.

“Ada perkara boleh cakap dan ada sakit yang tidak boleh saya kongsikan. Saya akan beritahu apabila tiba masanya.

“Saya dapat kesan penyakit pada tahun lepas dan kini dalam proses mengubati.

Dah lebih setahun rupanya kena penyakit 'misteri', ini 2 cara Azharina hidup macam biasa

“Kalau boleh saya tidak mahu kongsikan kerana kita harus positif dan teruskan hidup seperti biasa,” katanya, lapor Kosmo.

Apa yang pelantun lagu Elegi Sepi ini lakukan sepanjang berdepan penyakit ‘misteri’ itu?

1. Ambil inisiatif menyertai kelas sukan lasak – sedang belajar muay thai dan ‘boxing’ untuk bina balik stamina.

2. Jaga makan – menjadi peserta GV makan tidak ikut waktu.

Pada 5 November, juri tetap GV10, Datuk Ramli MS atau Tokram menegaskan Indeks Prestasi Utama (KPI) Azharina semakin menurun.

Tokram turut menasihatkan Azharina untuk kekal tenang semasa melakukan persembahan.

Baca:

“Yang penting saya gembira sekarang” – Fyna Jebat cerita hubungan terkini dengan Zainal Abidin

“Saya jumpa boyfriend di situ, kemudian putus” – Ernie Zakri dedah sangkut cinta monyet di kem PLKN

Ketabahan mereka mengagumkan walau dihujani bom bertalu-talu, ini 3 perangai ‘pelik’ orang Palestin