Walaupun berusia lebih 100 tahun, Abdullah Mamat dari Manir, Terengganu tidak menghidap penyakit kronik.
Banyak petua yang diamalkannya yang boleh dicontohi antaranya hanya mengamalkan minum air suam segelas sebelum dan selepas bangun tidur.
“Air yang direbus serta masakan yang dimasak menggunakan kayu api adalah lebih baik untuk kesihatan sekiranya diamalkan,” katanya, dipetik Harian Metro.
Beliau yang berusia 116 tahun dan diiktiraf sebagai lelaki tertua di Terengganu pada 2017 juga ada petua dalam pengambilan sayur dalam hidangan harian.
“Sejak muda lagi saya makan sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang rosak dimakan ulat.
“Sayur yang segar sudah tentu mengandungi banyak racun dan tidak baik untuk tubuh badan,” katanya.
Tambahnya, biar pun kini berada di penghujung usia, dia tetap mengamalkan kaedah itu sebagaimana yang diamalkan arwah bapanya.
“Saya masih boleh berjalan menggunakan tongkat dan pendengaran saya juga masih baik cuma penglihatan kurang jelas tanpa menggunakan cermin mata,” katanya.
Dulu beliau yang bekerja sebagai buruh dikurniakan empat anak hasil perkongsian hidup dengan isteri Nong Musa, 98.
Namun, dua anaknya meninggal dunia ketika berusia tiga tahun.
“Dua anak lelaki meninggal dunia ketika kecil manakala usia anak perempuan kami juga tidak panjang apabila meninggal dunia ketika berusia 14 tahun.
“Saya dan isteri tinggal bersama anak bongsu yang kini berusia 63 tahun,” katanya yang mempunyai tiga cucu dan empat cicit.
Katanya lagi, dia dan isteri bersyukur dikurniakan umur yang panjang walaupun Allah mengambil tiga anak serta adiknya terlalu awal.
“Isteri saya masih sihat namun pendengarannya kurang jelas serta matanya juga sudah kabur,” katanya yang tidak menghidap sebarang penyakit kronik.
Baca:
Waris guna duit pampasan bina masjid, simbol penghormatan kepada mangsa MH17
Waktu bersahur tanpa baca doa ini amat rugi, macam lepas peluang keberkatan Ramadan
Tips naik bas supaya perjalanan jauh lebih selesa, no 3 paling pentig