Tak pasal-pasal aktres Uqasha Senrose dikaitkan sebagai punca kematian seorang wanita sehingga kononnya perlu tanggung di Padang Mahsyar nanti.
Uqasha dalam responnya berkata, dia cuba memaafkan wanita yang sudah meninggal dunia ketika kes mahkamah sedang berjalan tetapi terkilan apabila namanya masih dikaitkan.
“Saya tidak ingat wanita yang mendakwa saya membuli dengan memegang bahagian dada dan sebagainya ketika di sekolah dulu. Saya dikhabarkan dia meninggal dunia baru-baru ini.
“Ketika saya cuba memaafkan dan reda dengan berita kematiannya, timbul pula cerita kawannya yang mengaitkan saya dengan punca kematian wanita itu.
“Kawan wanita itu mendakwa saya mesti gembira dengan berita kematian itu dan saya perlu tanggung di Padang Mahsyar nanti. Siapa dia untuk berkata sedemikian dan menuduh saya?
“Kenapa saya pula dipetik sebagai punca kematian sedangkan saya tidak tahu-menahu langsung. Jika saya puncanya, kenapa baru sekarang?
“Kenapa bukan 15 tahun dulu? Hanya kerana saya artis dan dikenali, tidak boleh sewenang-wenangnya dia menuduh saya,” katanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok.
Terdahulu, muncul individu yang mengaitkan Uqasha sebagai punca kematian wanita yang mendakwa dibuli ketika bersekolah dulu.
Pengguna laman X berkenaan mendedahkan rakannya yang pernah menjadi mangsa buli Uqasha itu sudah meninggal dunia pada 31 Oktober lalu.
Seolah-olah menyalahkan Uqasha, individu itu juga berharap Uqasha mendapat pembalasan atas perbuatannya di Padang Mahsyar nanti.
Dalam masa sama, Uqasha juga sebelum ini sudah menggunakan saluran perundangan bagi membuktikan dia tidak bersalah, namun individu itu tidak hadir ke mahkamah.
Baca:
Ikon fesyen terkejut dituduh berhibur di kelab malam pakai ‘hoodie’, ini respon Fazura
Tiada tapak kaki kanan, kaki kiri pula ada tiga jari, tapi sikap positif OKU cilik ini mengagumkan
Penjual tak tipu hanya kita ramai tak tahu, inilah maksud sebenar “daging lembu”, “susu segar”