Realtime website trackingweb stats

Dah besar baru tahu trick sebenar lari dalam guni, lajunya dah macam lari biasa

Oleh SHAZLIN AZIZ

Permainan tradisional memberikan keseronokan yang tidak terhingga dan mengembalikan nostalgia zaman kanak-kanak.

Biasanya, permainan ini dimainkan dalam kumpulan atau di depan orang ramai.

Ini membantu mewujudkan hubungan sosial dan mempereratkan silaturahim di antara peserta.

Beberapa contoh permainan tradisional yang masih mendapat sambutan hangat dari masyarakat adalah baling selipar, galah panjang, dan banyak lagi.

Salah satu aktiviti yang sering disarankan dalam acara kemasyarakatan ialah berlari dalam guni.

Dah besar baru tahu trick sebenar lari dalam guni lajunya dah macam lari biasa

Permainan ini sama seperti dengan larian biasa, tetapi peserta perlu berlari di dalam guni di atas laluan yang ditetapkan dan berpatah balik.

Pemenang ditentukan berdasarkan siapa yang paling cepat kembali ke garisan permulaan.

Kerana ruang yang terhad dalam guni, kita dapat melihat pelbagai gaya larian yang unik semasa acara berlangsung, yang pasti membuat semua orang terhibur.

Baru-baru ini, majlis kemasyarakatan sempena sambutan hari penamaan daerah Sleman yang ke-108 telah tersebar di media sosial.

Dalam majlis tersebut, terdapat acara pertandingan sukan yang menarik, salah satunya ialah permainan tradisional, larian dalam guni yang dihadiri oleh penduduk tempatan.

Video yang berdurasi 20 saat itu telah menarik perhatian ramai apabila seorang wanita berlari dalam guni tanpa kesulitan, bahkan meninggalkan peserta lain jauh di belakang.

Dari sudut gaya, wanita tersebut melakukan larian dengan mengubah kedudukan kakinya dari depan ke belakang dengan lembut sewaktu melompat, tanpa perlu bersusah payah.

Konsep ini sama seperti dengan berlari seperti biasa tetapi diaplikasikan dalam permainan tradisional tersebut.

Melihat di bahagian komen, pengguna media sosial banyak yang terhibur dengan pelbagai ragam peserta permainan tradisional dalam acara tersebut.

Berikut adalah beberapa komen yang diberikan oleh warganet:

“Seronok sangat kakaknya (wanita yang paling pantas), mesti selalu pakai guni berjalan ke kedai,” komennya.

“Wkwkwkwkw kakaknya lawak sangat,” komen seorang lagi.

Untuk makluman, video ini mendapat lebih 500,000 tontonan dengan lebih 5,000 tanda ‘suka’ dan pelbagai komen daripada pengguna.

Baca:

Ini punca Mila Jirin sound LHDN, memang naya, mungkin ramai lagi senasib pasal cukai ni

β€˜Sudah tahap reda, tak nak serabut otak fikirkan kepulangan dia’ – Yusof Haslam

Raja Azura kahwin dengan kerabat? Ini penjelasan tuan badan