Realtime website trackingweb stats

Dah ada 5 cawangan pun kedai ais krim, Sharnaaz cuba intai pasaran Indonesia

Oleh ADINDA

Dah ada 5 cawangan pun kedai ais krim, Sharnaaz cuba intai pasaran Indonesia.

Pelakon Sharnaaz Ahmad mengorak selangkah dalam kariernya apabila melibatkan diri dalam bidang perniagaan ais krim yogurt yang sehingga kini sudah mempunyai lima cawangan.

Sharnaaz atau Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad berkata, pembukaan cawangan kelima Hello di Mahkota Parade, Melaka juga merupakan hadiah istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-38 pada 30 Ogos lalu.

“Alhamdulillah sudah ada lima cawangan dan insya-Allah saya akan buka satu lagi cawangan dalam masa terdekat.

“Pembukaan cawangan terbaharu ini juga saya anggap hadiah sempena hari jadi saya pada 30 Ogos lalu,” katanya.

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata, dia berhasrat untuk membuka cawangan jenama ais krim itu di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Tidak hanya itu, pelakon itu turut memasang impian melebarkan perniagaan berkenaan ke Indonesia selepas melihat sambutan mengalakkan daripada pelanggan.

“Saya memang terharu dengan sokongan ditunjukkan rakyat Malaysia yang menanti Hello dibuka di negeri kelahiran mereka.

Baca:

Gadis cantik ini bela ulat gonggok gergasi, mesranya lain macam, siap beli RM150 seekor

Sekolah kenakan cas murid tidur dalam kelas, masing-masing kena tahan ngantuk

Lepas ketuk kepala, muka anak kena lempang sampai sakit gigi, ibu ini dedah kisah guru baran