Realtime website trackingweb stats

Cuma buat air penawar guna bahan ini saja untuk rawat kucing terkena parvo

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Kucing juga terdedah kepada pelbagai penyakit dan masalah kesihatan seperti manusia.

Salah satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kucing adalah panleukopenia atau parvo, yang boleh menyebabkan kematian.

Penyakit ini disebabkan oleh virus dan tersebar melalui air liur, air kencing, najis, dan air mata.

Jika anda mengesan kucing anda mengalami simptom parvo, sebaiknya sediakan air penawar seperti yang dikongsikan di Facebook oleh Dunia Kucing Gelandangan.

Bahan utama yang diperlukan adalah rumput helikopter atau rumput pendul.

Cuma buat air penawar guna bahan ini saja untuk rawat kucing terkena parvo

Pilih rumput helikopter yang mempunyai bulatan putih di tengahnya dan cabut bersama akarnya.

Singkirkan tanah dari akar dan cuci bersih rumput tersebut.

Potong pendek dan masukkan ke dalam periuk bersama air.

Rebus sehingga air tinggal separuh periuk dan warnanya berubah menjadi keperangan.

Tapis dan ambil airnya sahaja.

Masukkan dalam botol dan simpan dalam peti sejuk.

Untuk memberikan air penawar ini kepada kucing, berikan kira-kira setengah picagari (syringe) setiap hari.

“Air ini baik untuk merawat sakit Parvo, selsema, kurang selera makan, dan kurang aktif. Kucing yang sihat juga boleh diberikan air ini untuk meningkatkan kekuatan antibodi.

“Saya ingin menasihati, pastikan untuk menyiasat dengan teliti rumput ini (yang tumbuh secara semulajadi) untuk mengelakkan risiko racun,” ujar pemilik akaun Facebook tersebut.

Menurutnya, air penawar yang disimpan dalam peti sejuk boleh bertahan sehingga 10 hari, tetapi elakkan menyimpan lebih lama kerana ia mungkin akan basi.

BACA : Tutup bekalan elektrik pada mesin penapis air jika tidak digunakan dalam tempoh lama ini sebabnya