Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Itu yang dapat dilihat dalam budaya perkahwinan masyarakat Kazakhstan yang berbeza dengan kita di Malaysia.
Aktor Fadlan Hazim memberitahu beliau tidak perlu memberikan wang hantaran atau mas kahwin pun semasa mendirikan rumah tangga dengan isterinya, Aiya Mukhamedsalova tiga bulan lalu.
Menurutnya, budaya Kazakhstan berbeza dengan adat Melayu kerana mereka tidak menekankan sangat soal hantaran.
“Budaya mereka berbeza. Saya tidak ada hantaran. Masa nikah saya cuma beri cincin emas sahaja.
“Saya sudah cuba yakinkan mereka mahu beri mas kahwin. Tapi, mereka enggan terima mas kahwin sebab hanya hargai saya untuk jaga anak sebaiknya,” katanya.
Fadlan atau nama sebenarnya, Fadlan Hazim Anuwar, 31, berkongsikan pengalamannya itu dalam temubual santai bersama pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor, baru-baru ini.
Pelakon drama Kampung People 3 itu dalam masa sama memberitahu budaya hantaran selalunya akan dibuat ketika majlis resepsi dalam satu upacara menukar hadiah.
“Budaya mereka waktu resepsi dua keluarga berdepan dan saling bertukar hadiah. Jadi, hantaran itu akan dibuat ketika majlis kahwin nanti,” jelasnya.
Fadlan dan Aiya, 29, mendirikan rumah tangga pada 15 Julai lalu dengan hanya sekali lafaz.
Dalam satu laporan BH pula, aktor berkenaan menceritakan pengalamannya bertemu keluarga tunang pada Oktober tahun lalu.
Beliau mengakui pada mulanya gementar ketika itu memandangkan menghadapi masalah bahasa.
Ujarnya, mereka tidak fasih berbahasa Inggeris dan hanya bertutur dalam bahasa Russia.
“Saya terpaksa menggunakan terjemahan dalam telefon untuk menyatakan hasrat melamar anak mereka,” kata Fadlan lagi.
Baca:
“Tergamak Shila herdik mak dengan kata-kata kesat, Allahuakbar” – Ibu Shila Amzah
Peliknya adat kahwin Kazakhstan, aktor ini cerita bagaimana ‘kejantanan’ beliau diuji
Bukan Shila Amzah sahaja, ada 5 lagi pergaduhan adik beradik, termasuk keluarga diraja pun ada