Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 13,000 kilogram (kg) gula
Dan 5,100 peket minyak masak dalam dua kejadian berasingan semasa operasi Op Taring Wawasan di Wakaf Bharu pada Ahad.
Dalam operasi tersebut, tiga lelaki berusia antara 24 hingga 56 tahun ditahan,
Ada dipercayai terlibat sebagai penghantar barangan kawalan yang diseludup.
Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata tangkapan pertama dilakukan pada jam 5 petang
setelah pihak berkuasa menahan sebuah lori jenis Isuzu yang dipandu dengan cara mencurigakan.
Hasil pemeriksaan mendapati lori tersebut membawa 13,000 kg gula bernilai RM40,285.20 yang tidak mempunyai dokumen sah. “Suspek berusia 26 tahun dipercayai akan menyeludup gula tersebut ke negara jiran,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sekitar sejam kemudian, anggota PGA sekali lagi berjaya mematahkan cubaan penyeludupan minyak masak di lokasi yang sama. Pada jam 6 petang, sebuah lori jenis Daihatsu dan sebuah van Toyota Hiace ditahan dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan.
Pemeriksaan mendapati 300 kotak mengandungi 5,100 peket minyak masak yang turut tidak mempunyai dokumen sah. Dua lelaki berusia 24 dan 56 tahun ditahan kerana dipercayai terlibat dalam penyeludupan minyak masak tersebut ke negara jiran.
Anggaran nilai rampasan minyak masak adalah sebanyak RM12,750.
Semua kes ini disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961. Kesemua suspek serta barangan rampasan dibawa ke Balai Polis Wakaf Bharu untuk tindakan lanjut.
BACA: Dahulu tumpuan pelancong, Rantau Panjang kini sepi, ini sebenarnya yang jadi