Covid-19 : Angka harian kes positif menurun ke bawah 5,000 kes

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Angka harian COVID-19 menurun ke bawah 5,000 kes dengan 4,949 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia kini mencecah 662,457 jangkitan.

Beliau berkata, Selangor masih kekal mencatat angka harian tertinggi dengan 1,523 kes, diikuti Sarawak (744), Kuala Lumpur (503), Johor (430), Negeri Sembilan (323), Sabah (273) dan masing-masing 214 jangkitan baharu di Pulau Pinang serta Kelantan.

“Semua negeri melaporkan kes baharu, hari ini, dengan Perlis mencatat angka terendah, iaitu satu jangkitan,” katanya dalam Facebook beliau, hari ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba pada sidang media mengenai perkembangan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan selepas menghadiri mesyuarat bersama Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) di Putrajaya,
hari ini. – Foto BERNAMA