Realtime website trackingweb stats

Covid-19: Kes kematian luar hospital semakin meningkat

Oleh NOR SITI HAZLINDA

Urusan pengebumian jenazah mangsa Covid-19. Foto diatas hanya sekadar hiasan.

KUALA LUMPUR:
 Kes brought in dead (BID) merupakan kematian di luar hospital.

Menurut media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), BID adalah kes kematian di luar hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan kematian disebabkan Covid-19.

KKM dalam satu hantaran di laman Facebooknya memberikan contoh tiga senario yang mungkin berlaku.

Senario pertama, katanya pesakit bergejala seperti demam dan batuk pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat tetapi tidak buat ujian saringan Covid-19. Beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Menurutnya, senario kedua pula, pesakit didapati positif Covid-19 yang telah dilapor kepada KKM oleh klinik swasta tetapi ditemui meninggal di dunia di rumah sebelum dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) atau hospital.

Bagi senario ketiga, pesakit akan hilang deria rasa dan sangat letih tetapi tidak mengambil serius gejala-gejala itu dan hanya berehat di rumahdi mana beberapa hari kemudian ditemui meninggal dunia di rumah.

Katanya, tiga senario ini dikongsi oleh Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi.

Oleh itu, orang ramai diingatkan supaya duduk di rumah dan keluar hanya bila perlu sahaja seperti bekerja atau membeli barang keperluan dengan patuh sepenuhnya SOP.