Siapa yang suka makan lontong?
Rupanya mudah sahaja untuk membuat lontong yang sedap.
Jangan lepaskan peluang mencuba resipi yang dikongsi oleh Fatimah Saari.
Sesuai dimasak untuk hidangan pagi pada hari raya.
Pasti semua ahli keluarga akan suka, jadi jangan lepaskan peluang untuk mencubanya!
Selamat mencuba!
Bahan-bahan A:
• Bawang merah 7 ulas
• Serai 2 batang
• Lengkuas 2 hiris nipis
• Halia 2 hiris nipis
• Udang kering 2 sb
• Ikan bilis segenggam
• Buah keras 1 biji
• Kunyit hidup besar ibu jari
Bahan-bahan lain:
• Udang segar
• Kubis
• Kacang panjang
• Carrot
• Kentang
• Soohun & fucuk
• Bahan perasa
• Santan kotak
Berikut adalah langkah-langkah untuk menyediakannya:
1. Kisar hancur semua bahan A. Campurkan dalam periuk bersama santan dan air.
2. Masak hingga mendidih, kemudian masukkan sayuran yang keras terlebih dahulu seperti kentang dan carrot.
3. Tambahkan garam dan gula secukupnya mengikut citarasa.
4. Kemudian, tambahkan sisa sayuran bersama udang.
5. Apabila sayur telah menjadi agak lembut, bolehlah mematikan api.
Resipi sambal ikan bilis
Bahan-bahan:
• Bawang besar 3 biji
• Bawang besar 1 biji dimayang
• Cili kering siap kisar 3 senduk nasi
• Daun pandan
• Ikan bilis 2 genggam
• Air asam jawa sedikit
• Garam
• Gula
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang yang telah ditumbuk halus bersama dengan daun pandan.
2. Apabila warna bawang sudah mula kekuningan, tambahkan cili yang telah dikisar, gula, dan air asam.
3. Tumis sehingga sambal menjadi sedikit gelap.
4. Masukkan ikan bilis dan perasakannya dengan garam dan gula.
5. Sambal ini siap untuk disajikan dengan nasi impit dan telur rebus.
Kredit: Fatimah Saari
Baca:
Ramai teringin nak jadi menantu selepas Khairul Aming hadiahkan ibu barangan kemas
Job kayangan? Haziq dedah bayaran sebenar jadi penyanyi diraja
Gadis menyondol tak fikir panjang, patutlah suami tak mahu sahkan perkahwinan, rupanya…