Realtime website trackingweb stats

Comel betul! Pasangan India teruja ‘shopping’ di bazar raih perhatian warga maya

Oleh ADINDA

Bulan Ramadan adalah satu bulan yang penuh keberkatan bagi umat Islam.

Namun, untuk sesiapa yang bukan Islam, mereka juga dapat merasai sedikit kemeriahan bulan Ramadan ini.

Di Malaysia, setiap kali tiba bulan puasa, terdapat bazar Ramadan yang menjual pelbagai jenis makanan untuk berbuka puasa.

Comel betul Pasangan India teruja shopping di bazar raih perhatian warga maya

Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan pasangan suami isteri berbangsa India yang sangat gembira kerana dapat membeli-belah di bazar Ramadan.

Apa yang menghiburkan, dalam video pertama yang dimuat naik oleh @kaartik_rk ialah apabila isterinya belum sempat membuka pintu pagar untuknya tetapi sudah bertanya jika si suami ada membelikan kuih-muih dari bazar Ramadan.

Boleh dilihat betapa gembiranya si isteri dan anak-anaknya apabila si suami membeli juadah dari bazar Ramadan untuk mereka dalam video itu.

Terdapat sambungan video di mana mereka akhirnya pergi bersama ke bazar Ramadan dan membeli beberapa juadah seperti kuih dan murtabak.

Video pendek itu menarik perhatian ramai dan semua jatuh cinta dengan keluarga itu.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu telah mendapat lebih dari 558k tontonan dan lebih dari 3k komen.

@kaartik_rk Salam Ramadan kepada semua Umat Islam..#kaartik_rk #learnfrmrk #rekkaartik #husbandwife #ramadan #couplecomedy #kongsiJer #fyp #kongsiBersama #AksoSupaPro #OptimizeToMaximize #AksoSupaPro12kPuff @officialaksomalaysia*HASHTAG #VempireArmy ♬ original sound – Kaartik Krishnan

Baca:

Budak di kedai ditanggalkan baju dan ditampar, inilah rupa pendudukan tentera

Tak duduk dalam kasut, cara Neelofa & Nabil respon luahan ‘caller’ raih kritikan warga maya

Penangan kuasa viral, Faiz sampai tak cukup tidur, ramai puji penjual burger meja ke meja iras wajah Wahid Senario ini