Silap besar tindakan seorang ibu yang menggunakan nama Cikgu Rogayah Ghazali di TikTok berkongsikan keputusan peperiksaan anaknya di media sosial.
Dia antara lain dilabel mak jenis tak bersyukur selain ada menganggap wanita itu sengaja mahu menunjuk anaknya mendapat keputusan markah yang cemerlang untuk subjek lain.
Menerusi tangkap layar yang tular, pelajar berkenaan Nurhany Ahmad mendapat sekitar 63 hingga 68 markah untuk subjek Kimia, Biologi dan Fizik iaitu gred B dan B+.
“Baru tengok keputusan peperiksaan akhir tahun. Alahai, parah-parah. Semua subjek Sains menurun, tahun depan dah nak SPM.
“Masa cuti sekolah suruh pergi tuisyen tak nak. Tengok semua subjek Sains dah ‘drop’,” tertera kapsyen pada gambar keputusan peperiksaan yang dikongsi di TikTok.
Tindakan guru itu yang mengeluh dengan prestasi anaknya walaupun keputusan yang ditunjukkan agak baik nampaknya dilihat mengundang cemuhan.
Walau bagaimanapun, ada anak guru sendiri berkata, pelajar yang ibu bapanya adalah guru memang berdepan stres yang lebih berat.
“Budak yang keluarga cikgu ni, tekanan dia lain sikit. Sebab orang lain jangka dia patutnya pandai.
“Terutamanya subjek yang ibu atau bapa dia ajar. Adik beradik saya pantang kalau markah Matematik rendah.
“Lain subjek takpe boleh bawa bincang lagi. Tapi kalau Matematik memang makan bebel,” kata pengguna laman X, ZaiZul Zaidi.
Hal sama juga dibangkitkan oleh Aifanamie.
Berdasarkan pemerhatianya, harapan untuk guru melihat anak mereka cemerlang dalam peperiksaan begitu tinggi.
“Expectation anak cikgu ni dia tahap dewa sikit. Gred A or A- memang tak cukup bagus.
“Gred A+ pun kadang kalau Matematik tak 100 peratus pun tak cukup,” katanya lagi.
Baca:
Sedang berusaha ke arah lebih baik, Norreen Iman kini lebih sopan dengan imej baru
Bercuti pada hari bekerja, biar betul? Ikut cara ini, mudahkan perjalanan anda
Lautan manusia kerumun TRX demi David Beckham, disambut dengan sorakan meriah