ANAK kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B meluahkan rasa terkilan
Apabila tidak dapat menemani ibunya menunaikan umrah di Tanah Suci Makkah.
Cik B atau Nur Edlyn Zamileen Muhammad Amin, 19, berkata dia berharap dapat memeluk
Dan menenangkan hati ibunya yang pasti dalam keadaan kesedihan ketika ini.
“Kalau Mama pergi umrah mesti saya nak ikut sebab saya tahu mama mesti akan menangis setiap kali mendoakan untuk semua orang termasuk keluarga dan staf.
Cik B berkongsi perkara itu menerusi hantaran di TikTok.
“Kalau saya ada mesti saya akan peluk mama sambil mama berdoa. Cik B tak kuat tengok mama menangis macam ini,” katanya menerusi hantaran di TikTok.
Berserta kapsyen, Cik B turut memuat naik video memaparkan wajah Vida sedang menangis ketika berdoa di hadapan Kaabah.
Terkesan melihat nasib menimpa Vida, Cik B turut menitipkan doa agar ibunya tabah berdepan segala ujian dalam kehidupan.
Jelasnya, dia berjanji akan sentiasa berada di sisi ibunya walau dalam apa keadaan sekalipun.
“Ya Allah tabahkanlah hati mama ku, kuatkanlah bahunya untuk memikul segala beban yang dia terima.
“Semoga mama sentiasa kuat menjalani cabaran dan dugaan. Saya sayang dan rindu mama,” luahnya.
Cik B berjanji akan sentiasa bersama ibunya walau dalam apa keadaan.
Pada 25 November lalu, dianggarkan 727 barang disita dalam proses yang berlangsung selama lima jam di banglo tiga tingkat milik Vida di Meru Heights, Ipoh.
Ia ekoran Vida gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan Ah Design Communication sebagai RM1,060,285 pada 2018.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengeluarkan penghakiman pada 29 Oktober tahun lalu memerintahkan usahawan berkenaan menyelesaikan hutang tersebut dan jika gagal writ rampasan dan penjualan akan dikeluarkan.
Syarikat itu dikatakan telah bekerjasama dengan Vida bagi melakukan kerja ubah suai bangungan usahawan itu, Vida All Star Studio bertempat di Elite Industrial Park Seksyen 33, Shah Alam.
BACA: KKM pening warga asing liat bayar kos rawatan, cadang ambil deposit macam hospital swasta