Selain DFC, satu lagi jenama makanan segera halal berkualiti yang pernah popular di negeri Terengganu ialah Chicken Cottage.
Kini, Chicken Cottage, jenama milik anak syarikat Terengganu Inc, telah mencipta sejarah
Dengan membuka cawangan ke-67 di Camden Town, London, seperti yang dilaporkan oleh laman TRDI.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, menyifatkan pembukaan ini
sebagai satu pencapaian besar, bukan sahaja untuk jenama tersebut tetapi juga untuk ekonomi setempat.
“Pembukaan cawangan Chicken Cottage di Camden Town ini mencerminkan daya saing jenama ini di peringkat antarabangsa. Ia turut membuka peluang pekerjaan dan menyumbang kepada ekonomi tempatan.
Kami bangga dengan pencapaian ini dan berharap syarikat terus maju,” katanya dalam majlis perasmian pembukaan outlet itu.
Majlis tersebut juga diadakan sempena sambutan ulang tahun ke-30 Chicken Cottage, yang kini semakin kukuh di United Kingdom (UK) meskipun industri makanan dan hospitaliti menghadapi pelbagai cabaran.
Chicken Cottage telah menempa reputasi sebagai jenama makanan halal berkualiti dengan lebih 60 cawangan di UK, termasuk di kota utama seperti Glasgow, Cambridge, Newcastle, Oxford, dan Canterbury.
BACA: Cuba pukul lalat tak dapat, ini cara tangkap lalat hanya guna 3 bahan ini je!