Bagi peniaga yang mahu rebus telur dalam kuantiti banyak, pastinya akan berhadapan dengan masalah untuk kupas telur.
Kalau nak jual, mestilah nak telur kelihatan cantik barulah ramai yang akan memilih lauk tersebut.
Tapi kalau dah rubus dalam kuantiti yang banyak, mestilah makan masa untuk kupas semua kulit telur tambahan pula kalau tersalah langkah dah tak cantik telur tu.
Para peniaga makanan boleh cuba tip yang dikongsi oleh Chef Hazif Fizzainal.
Menurutnya jika menggunakan cara ini untuk kupas 1,500 biji pun tiada masalah, dua jam sahaja dan selesai.
4 cara rebus telur supaya mudah dikupas
Ada terbaca posting perniaga nasi lemak dilema nak masak telur rebus. Jangan risau tip ini boleh memudahkan kawan-kawan dan peniaga di luar sana.
Nak kupas 1500 biji telur pun tiada masalah, hanya ambil masa 2 jam saja jika telur dimasak dengan cara ini.
Jom saya share 4 cara rebus telur supaya mudah dikupas.
Rebus telur dalam suhu didih 100’c dan masukkan garam. Insya-Allah telur mudah dikupas.
Atau boleh juga rebus telur dalam suhu didih 100’c dan tuang sedikit minyak masak.
Boleh juga gunakan stimer. Susun telur dalam bekas stim selama 21 minit suhu 100’c.
Satu lagi cara, sediakan periuk, air, tunggu sehingga mendidih dan rebus telur hingga masak.
Insya-Allah telur akan senang dikupas ikut cara ini.
Senang je rupanya cara nak masak telur ini, bagi para peniaga yang baru nak mula perniagaan boleh cuba tip ini, jimat masa dan tenaga.
Baca juga: Nampak macam patung Star Wars biasa, nilai sebenar lebih RM2 juta!